Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes aniaya pegawai keselamatan di tapak komersial meningkat

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



PENGANIAYAAN ke atas pegawai keselamatan di tapak komersial, termasuk pusat beli-belah, didapati telah meningkat dalam tinjauan ketiga dan terbaru oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang dijalankan dari Julai hingga September lalu.



Tinjauan melibatkan 1,000 pekerja keselamatan itu menunjukkan 51.4 peratus penganiayaan berlaku di lokasi komersial dalam tinjauan ketiga itu, naik daripada 46.1 peratus yang dilaporkan dalam tinjauan kedua yang dijalankan dari September hingga November tahun lalu.



Sebaliknya bagi tiga lagi lokasi yang sering menggunakan khidmat pekerja keselamatan iaitu perumahan, awam dan perindustrian, masing-masing mencatat pengurangan dalam tinjauan ketiga berbanding yang kedua.



Tinjauan ketiga itu juga menunjukkan ramai pelaku yang menganiaya adalah orang awam, serupa dengan dapatan tinjauan pertama dan kedua.



Dalam tinjauan terkini itu, hampir 41 peratus pelaku terdiri daripada orang awam, diikuti pengunjung seperti kontraktor (22 peratus).



Penganiaya lain termasuk penghuni, majikan iaitu agensi keselamatan, ejen pengurusan dan pemilik hartanah.



Pegawai keselamatan dalam kumpulan umur lebih tua didapati mengalami lebih banyak penganiayaan berbanding kumpulan usia lain.



Mereka yang berumur 60 hingga 69 tahun paling banyak melaporkan dianiaya secara lisan (42.8 peratus), diikuti yang berumur 70 tahun dan ke atas (38.2 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >