Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegenjotan khidmat keretapi

Kes banjir SMRT: Staf palsukan rekod penyenggaraan

Oct 31, 2017 | 08:13 PM



KAKITANGAN SMRT telah memalsukan rekod  pada tiga tarikh penyenggaraan, untuk menunjukkan mereka telah melaksanakan penyenggaraan tanpa berbuat demikian, mengikut hasil siasatan SMRT.



Dalam kenyataannya semalam, SMRT berkata kakitangannya telah meluluskan dan menyerahkan rekod penyenggaraan walau rekod menunjukkan mereka tidak memasuki landasan pada tiga tarikh penyenggaraan. 



Rekod SMRT juga menunjukkan bahawa pam dalam kolah takungan – yang sepatutnya dihidupkan  semasa penyenggaraan – tidak dihidupkan pada tarikh tersebut.



Pengendali keretapi itu berkata ia akan memperkenalkan beberapa ciri baru untuk menangani masalah ini, termasuk menubuhkan pasukan pemeriksaan kesediaan bersama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



“Pengurus dan pekerja yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan sistem pam Bishan telah digantung daripada meneruskan kerja mereka dan sedang membantu dalam siasatan,” kata SMRT yang menambah ia akan bekerjasama dengan kesatuan pekerja untuk memastikan ‘proses yang sewajarnya diikuti’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >