Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes baru Covid-19 di SG naik seganda

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kes jangkitan Covid-19 harian baru di Singapura naik kepada 4,718 kelmarin, hampir dua kali ganda daripada 2,480 kes sehari sebelumnya.



Bilangan kes pada hari Selasa biasanya lebih tinggi berbanding hari-hari lain kerana ia mencerminkan lonjakan jangkitan selepas hujung minggu, apabila lebih ramai orang keluar dalam pelbagai persekitaran sosial.



Bilangan itu tinggi sedikit daripada jumlah pada 12 April lalu apabila Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,552 kes baru.



Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital pula seramai 278, lebih tinggi daripada 261 yang dicatat sehari sebelumnya.



Satu kematian dilaporkan kelmarin, kata MOH.



Nisbah jangkitan minggu ke minggu pula berada di bawah satu sejak 2 Mac lalu dan pada 0.87 kelmarin.



Nisbah jangkitan minggu ke minggu merujuk kepada nisbah kes masyarakat sepanjang minggu lalu, berbanding minggu sebelumnya.



Nisbah lebih satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 mingguan baru semakin meningkat.



Terdapat sembilan pesakit di unit jagaan rapi dan 40 memerlukan sokongan oksigen.



Di kalangan kes tempatan, 4,085 dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), yang bermakna mereka dinilai oleh doktor mempunyai simptom ringan dan berisiko rendah.



Sebanyak 459 kes lagi dikesan melalui ujian rantaian polimerase (PCR).



Terdapat 174 kes import baru, di mana 20 daripadanya dikesan melalui ujian PCR dan 154 melalui ART.



Singapura telah mencatat sejumlah 1,167,498 kes Covid-19, dengan 1,317 kematian.



Sekitar 96 peratus penduduk yang layak di Singapura telah menerima dua vaksin penuh, manakala 73 peratus telah menerima suntikan penggalak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >