Kes baru Covid-19 S’pura melebihi 1,000, lelaki 90 tahun korban ke-60, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kes baru Covid-19 S’pura melebihi 1,000, lelaki 90 tahun korban ke-60

Sep 19, 2021 | 12:23 AM

Singapura melaporkan 1,009 kes Covid-19 baru - yang tertinggi dalam sehari sejauh ini - termasuk 926 kes dalam masyarakat, sehingga tengah hari Sabtu (18 Sabtu).

Sebanyak 863 kes jangkitan dimasukkan ke hospital dan majoriti pesakit dalam keadaan baik serta sedang dipantau, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). 

105 kes yang sakit teruk dan memerlukan bantuan oksigen manakala 18 dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). Daripada mereka yang jatuh sakit teruk, 100 merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas. 

Sementara itu, seorang lelaki warga Singapura berusia 90 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Jumaat (17 September).

Beliau tidak divaksin dan mempunyai sejarah penyakit barah, jantung dan radang paru-paru, jelas MOH.

Beliau merupakan mangsa ke-60 yang dilaporkan terkorban akibat Covid-19 sejauh ini.

Dalam kalangan kes baru dilaporkan, 78 kes melibatkan pekerja migran dan lima kes import. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map