Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes baru denggi naik minggu lalu lepas 6 minggu berkurang

Oct 25, 2016 | 10:45 AM



Jumlah kes denggi baru minggu lalu meningkat sedikit kepada 108, menghentikan penurunan selama enam minggu.



Ia 14 lebih banyak daripada jumlah 94 pada minggu sebelumnya, bilangan paling rendah tahun ini.



Sehingga Isnin (24 Oktober), 12,366 kes denggi telah dilaporkan sejak awal tahun ini, berbanding 11,286 kes pada keseluruhan tahun lalu.



Walaupun jumlah keseluruhan kes telah berkurangan, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berulang kali menegaskan di laman web denggi peri perlu sentiasa berhati-hati dan meneruskan usaha menyekat populasi nyamuk Aedes.



Nyamuk itu bertanggungjawab bagi jangkitan denggi dan virus Zika, serta demam kuning dan chikungunya.



NEA berkata minggu lalu bahawa kira-kira 2,000 isi rumah dikenakan tindakan sejak ia melaksanakan mulai Mac lalu denda $200 ke atas rumah yang didapati membiak nyamuk.



Jumlah itu berbanding 600 isi rumah yang didenda tahun lepas.



Pada 30 Ogos, seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang tinggal di Woodleigh Close menjadi mangsa terbaru denggi. Kematiannya membawa jumlah orang yang meninggal dunia tahun ini kepada lapan, berbanding empat pada 2015.



NEA membebaskan minggu lalu nyamuk jantan Aedes aegypti yang membawa bakteria Wolbachia di estet perumahan Braddell Heights sebagai sebahagian daripada projek percubaan kecil mengawal penularan wabak denggi.



Apabila nyamuk itu mengawan dengan nyamuk betina, bakteria Wolbachia akan menyebabkan nyamuk betina menghasilkan telur yang tidak menetas.



Ini boleh mengurangkan jumlah nyamuk Aedes aegypti yang menyebarkan virus denggi.



Projek itu akan diperluas ke dua estet, Nee Soon East dan Tampines West, dalam tempoh sebulan akan datang.



Sementara itu, terdapat 20 kelompok denggi di seluruh Singapura pada Isnin, dengan hanya dua diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Kelompok di Yishun Avenue 4 dan Yishun Street 61 kekal risiko tertinggi dengan 77 kes, termasuk lima dalam dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >