Kes bayi ditinggalkan di Bedok North: Wanita 26 tahun didakwa
Feb 16, 2020 | 05:30 AM
SEORANG wanita, yang dipercayai adalah ibu bayi lelaki yang ditinggalkan di kawasan pembuangan sampah di Bedok North bulan lalu, didakwa di mahkamah semalam.
Warga Singapura berusia 26 tahun itu, yang namanya tidak boleh disiarkan atas perintah mahkamah, dituduh mendedahkan dan mengabaikan seorang kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.