Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Kes belia rancang serangan, Muis terkejut dan sedih

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



KES individu berusia 20 tahun yang ditangkap selepas merancang melancarkan serangan ganas terhadap orang Yahudi di Sinagog Maghain Aboth mengejutkan dan menyedihkan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Sementara itu, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Eksekutif Muis Esa Masood, bersama Ketua Pusat Harmoni Liyana Rosli Asmara, telah bertemu dengan Ketua Rabai Mordechai Abergel serta pucuk pimpinan Lembaga Kebajikan Yahudi Singapura, Presiden Nash Benjamin dan Naib Presiden Reuben Khafi di sinagog itu semalam.



Menurut kenyataan Muis, pertemuan itu bertujuan mengesahkan lagi hubungan persahabatan serta komitmen bersama masyarakat Islam dan Yahudi Singapura menolak segala bentuk ekstremisme, radikalisme dan keganasan.



Selepas pertemuan itu, Dr Nazirudin mengulas bahawa beliau amat berterima kasih semua masyarakat agama di Singapura mempunyai hubungan dan ikatan kukuh yang memastikan warga negara ini dapat terus bersatu dalam menghadapi ancaman ini.



"Kita semua bersetuju bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmati ini merupakan satu rahmat dan anugerah yang tidak boleh dipandang ringan atau dikompromi.



"Apa yang kita kongsi bersama lebih kukuh berbanding sebarang perbezaan," ujarnya.



Menurut Muis, kes ini sekali lagi menarik perhatian bagaimana ekstremisme dan radikalisasi boleh memperdaya anak muda serta peranan penting yang perlu dimainkan ibu bapa, teman dan masyarakat untuk memastikan golongan remaja mendapat bimbingan yang betul.



Dr Nazirudin berkata tindakan yang diambil pemuda itu dan individu radikal sendiri yang lain, ini mengaibkan dan mencemarkan agama yang mereka dakwa hendak pertahankan.



Tambahnya, ini bertentangan dengan inti pati agama Islam serta Al-Quran yang menekankan kesucian tempat ibadah, termasuk sinagog dan masjid.



"Tiada tempat bagi kepercayaan atau ideologi sedemikian dan kami akan terus melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk melindungi masyarakat kita dan anak muda daripada idea yang radikal dan ekstremis."



Dr Nazirudin berkata tempat ibadah ini akan terus dilindungi hanya dengan perpaduan.



"Sebagai orang Yahudi dan Muslim, kita menerima warisan Nabi Ibrahim yang kita kongsi bersama dan sebagai warga Singapura, kita berpegang pada ikrar kita bersama untuk melindungi satu sama lain dan membina tempat tinggal yang aman buat semua orang.



"Inilah komitmen kita dan kita akan melakukan segala yang kita mampu untuk melindunginya," tambah beliau.



Sementara orang ramai mungkin rasa kasihan dengan mangsa konflik politik, Encik Esa berkata perkara wajar yang sepatutnya dilakukan adalah untuk mencari cara yang membina untuk membantu mangsa ini.



"Ini termasuk menerusi bantuan kemanusiaan melalui saluran yang sah seperti Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF).



"Tindakan ganas hanya akan menyemarakkan rasa benci dan menyumbang kepada konflik itu.



"Kita harus berkelakuan sejajar dengan dasar Islam, iaitu keamanan," ujarnya.




"Sedang kita mungkin simpati dengan mangsa konflik politik, perkara wajar yang sepatutnya dilakukan adalah untuk mencari cara yang membina untuk membantu mangsa ini - seperti menerusi bantuan kemanusiaan melalui saluran yang sah seperti Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF).

Tindakan ganas hanya akan menyemarakkan rasa benci dan menyumbang kepada konflik itu.

Kita harus berkelakuan sejajar dengan dasar Islam, iaitu keamanan."


- Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >