Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes budak 7 tahun dirogol, dibunuh 1995 belum ditutup

Polis beri jaminan kepada keluarga siasatan masih diteruskan, kes disemak beberapa kali sejak itu
Jan 19, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA Lim Shiow Rong, seorang kanak-kanak yang dibunuh ketika berusia tujuh tahun, diberi jaminan bahawa siasatan masih diteruskan lebih 25 tahun selepas kematiannya.



Ibu kanak-kanak itu, Cik Ang Goon Lay, 65 tahun, dan seorang lagi anak beliau, Cik Lim Jia Hui, 27 tahun, dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pagi semalam, dan seorang pegawai daripada Bahagian Siasatan Khas memberitahu mereka kes itu disemak beberapa kali sejak 1995.



Bercakap kepada media di pusat penjaja di Blok 75 Toa Payoh Lorong 5, Cik Lim berkata pegawai berkenaan mempunyai gambar tempat kejadian, tetapi beliau memberitahu pegawai tersebut supaya jangan menunjukkannya kepada ibunya kerana tidak mahu beliau terkesan oleh gambar-gambar tersebut.



"Cara kakak saya dibunuh sangat dahsyat. Anda bayangkan betapa kejamnya seseorang memukul seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, dan kesakitan yang dialaminya.



"Jika kejadian itu berlaku kepada salah seorang anak anda, saya tidak rasa anda semua boleh menerimanya sebab jika ia berlaku kepada anak saya sendiri, kemungkinan besar saya tidak boleh menerimanya juga," kata Cik Lim, yang bekerja di sebuah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan, kepada media pada sidang media yang diatur oleh Crime Library Singapore.



Cik Lim berkata gambar-gambar tersebut menunjukkan badan kakaknya dijumpai dalam sebatang longkang dengan mukanya berlumuran darah dan terdapat tanda hitam pada lehernya.



Pada 24 Jun 1995, sekitar 9.30 malam, Shiow Rong memberitahu ibunya dia mahu keluar berjumpa "kawan bapa" dan terus berlari keluar sedang Cik Ang sibuk di kedai kopinya, yang dahulu dimiliki suaminya.



Itulah kali terakhir beliau melihat anaknya sebelum kejadian ngeri itu.



Mayat Shiow Rong dijumpai pagi esoknya selepas dia dilaporkan hilang, di sebatang longkang berdekatan Jalan Woodbridge pada 25 Januari 1995.



Siasatan menunjukkan dia diserang secara seksual dan dicekik.



Semasa kejadian, suami Cik Ang, Encik Lim Kim Siong, baru seminggu menjalani hukuman penjara dua tahunnya bagi kesalahan berkaitan dadah.



Encik Lim meninggal dunia pada 2016 pada usia 67 disebabkan saluran darah dalam perutnya pecah.



Semalam, keluarga itu merayu keluarga lain dalam kes pembunuhan yang belum diselesaikan supaya tidak putus harapan dan terus mendapatkan keadilan bagi ahli keluarga mereka.



"Saya harap keluarga mangsa akan melakukan sesuatu kerana polis tidak pernah menyerah dalam menyelesaikan kes-kes ini, maka kamu juga tidak harus berputus asa," kata Cik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >