Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes buli di Sekolah Mee Toh: Pelajar terlibat didisiplin

Mar 12, 2020 | 01:58 PM



SEKUMPULAN pelajar darjah 5 dari Sekolah Mee Toh yang menulis nota berisi kata-kata penghinaan kepada seorang pelajar perempuan telah diberi kaunseling dan didisiplin sewajarnya.



Pengetua sekolah itu, Cik Wang-Tan Sun Sun, berkata pelajar-pelajar tersebut  menyesali tindakan mereka dan telah meminta maaf kepada mangsa.


“Kami telah bercakap dengan ibu bapa pelajar yang terlibat dalam insiden itu dan mereka faham keseriusan tindakan anak-anak mereka,” kata Cik Wang-Tan pada Rabu (11 Mac).


Beliau menambah, pihak sekolah juga telah mengadakan “perbincangan panjang” dengan ibu mangsa, dan meyakinkannya bahawa sekolah mengambil insiden tersebut secara serius.


Kes itu mendapat perhatian selepas pengguna Twitter @4YSLZ menulis kiriman pada Jumaat (6 Mac) bahawa rakan kelas adiknya telah mencampakkan beberapa nota ke arahnya.


Beliau memuat naik gambar nota-nota itu yang mengandungi kata-kata penghinaan seperti “bodoh”, “kamu Dumbo si gajah” dan “kamu kelihatan sangat hodoh”.



  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >