Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh anak di Chin Swee Road: Lelaki direman buat pemeriksaan psikiatrik

Sep 24, 2019 | 07:58 PM



LELAKI yang disyaki membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun, yang sisanya ditemui dalam sebuah periuk di sebuah flat di Chin Swee Road, akan direman untuk pemeriksaan psikiatrik. 



Lelaki itu, 31 tahun, akan direman selama tiga minggu di Pusat Perubatan Kompleks di Penjara Changi, dan akan kembali ke mahkamah melalui siaran video untuk pembicaraannya pada 15 Oktober.



Lelaki itu dan isterinya, 30 tahun, telah dituduh membunuh anak perempuan mereka pada 2014. Sisa mayat bayi itu ditemui di flat berkenaan.



Pasangan itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.



Polis berkata, pasangan itu telah direman sejak Jun 2018, atas kesalahan yang tiada kaitan dengan pembunuhan tersebut.



Sebelum ini, lelaki itu pernah didakwa atas kesalahan berkaitan dadah dan atas satu kesalahan terlibat dalam kegiatan merusuh. Kes-kes ini masih dibicarakan.



Sebelum wanita berkenaan didakwa atas kesalahan membunuh, dia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan dua bulan pada 9 September lalu, selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan dadah, dan satu kes curi. 



Dia dijangka hadir di mahkamah pada 1 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >