Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh berganda Kovan: Pegawai polis dibicara Selasa

Oct 19, 2015 | 11:42 AM



PERBICARAAN pegawai polis Iskandar Rahmat yang dituduh melakukan dua pembunuhan di Kovan lebih dua tahun lalu dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi pada Selasa (20 Okt).


Iskandar, 36 tahun, ditahan sejak ditangkap di sebuah kedai makan di Johor Bahru, dua hari selepas dikatakan membunuh seorang bapa dan anak.


Dia didakwa membunuh pemilik bengkel kereta Tan Boon Sin, 67 tahun, dan anaknya, Encik Tan Chee Heong, 42 tahun, dengan menikam mereka dengan pisau pada 3.30 petang pada 10 Julai 2013.


Mayat Encik Tan ditemui di rumah teresnya di Hillside Drive, sementara anaknya ditemui di jalan raya di luar stesen MRT Kovan.


Badan Encik Chee Heong diseret di bawah kereta Toyota Camry keluarganya sebelum terlepas di luar stesen MRT itu. Kereta bertanda darah itu ditemui kemudian di Eunos.


Ketika itu Iskandar berusia 34 tahun dan staf sarjan kanan di Divisyen Polis Bedok. Dia menyertai pasukan polis pada 1999.


Pada 15 Julai, Iskandar dikenakan dua tuduhan membunuh. Polis berkata dia telah digantung daripada pekerjaan dan gajinya.


Polis turut mengesahkan dia menghadapi prosiding tatatertib kerana gagal mengisytihar hutang peribadinya.


Perbicaraan dijadual dijalankan dalam dua bahagian, di mana Hakim Tay Yong Kwang akan mendengar keterangan daripada lebih 100 saksi.


Pada bahagian pertama, dari Selasa hingga 30 Oktober, para saksi akan memberi keterangan.


Bahagian kedua, dari 29 Mac hingga 8 April tahun depan, akan memberi tumpuan pada keterangan pakar forensik, ahli patologi, pakar psikiatri dan pakar lain.


Iskandar menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >