Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh berganda: Tertuduh dakwa dikecam isteri sebagai 'tak guna'

Jul 03, 2019 | 09:27 PM



SEBELUM membunuh isterinya yang mengandung, tertuduh Teo Ghim Heng berkata bahawa isterinya memberitahu anak mereka: "Zi Ning, lihat betapa tak guna bapa kamu."

Itu merupakan ucapan terakhir Cik Choong Pei Shan, 39 tahun, kepada anak mereka, Zi Ning, empat tahun, sebelum kededua wanita dan budak perempuan itu dicekik, Mahkamah Tinggi dimaklumkan hari ini (3 Julai).

Keterangan Teo tentang pertengkaran mereka yang berlaku pada pagi 20 Januari 2017, sebelum dia didakwa membunuh isteri dan anaknya, dikemukakan pada hari kedua perbicaraannya.

Setelah membunuh anak dan isterinya, dia menghabiskan masa seminggu dalam flat tersebut sebelum membakar mayat mereka.

Kematian mereka diketahui pada 28 Januari, pada hari pertama Tahun Baru Cina, setelah keluarga Cik Choong menelefon polis.

Dalam kenyataannya kepada polis setelah dia diberkas, Teo berkata bahawa pada pagi 20 Januari, isterinya mempersoalnya mengapa anak mereka tidak ke sekolah, setelah Cik Choong melihatnya menukar pakaian Zi Ning yang memakai seragam sekolahnya.

Bekas ajen hartanah itu memberitahu isterinya dia tidak ada duit untuk membayar yuran sekolah anaknya itu.

Dia menjelaskan bahawa Cik Choong berkata bahawa keluarga lain boleh menjaga tiga anak, tetapi dia sendiri tidak dapat menampung seorang anak.

Cik Choong kemudian menyifatkannya sebagai "tak guna".

Teo berkata dia tidak mengendahkan leteran isterinya tetapi lama kelamaan, kata-katanya yang menyindir dan mengguris hati membuatnya marah.

Cik Faizahhanimi Ahmad, bekas pengetua pusat penjagaan kanak-kanak Little Tree House yang dihadiri Zi Ning, mengesahkan bahawa sewaktu pembunuhan itu, Teo hutang yuran bagi dua bulan sebelumnya.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pada Januari 2017, Teo memnita supaya tidak mengatakan apa-apa tentang yuran sekolah di hadapan Cik Choong kerana isterinya mengandung dan penuh emosi.

Encik Gordon Choong, abang Cik Choong, memberitahu mahkamah bahawa ibu bapanya menderita selepas kejadian itu.

Perbicaraan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >