SEORANG kakitangan awam didakwa hari ini (1 Sept) membunuh suaminya di rumah mereka di Bukit Panjang.
Tiada pengakuan diambil daripada Vivien Teoh Yi Wen, 26 tahun, seorang eksekutif sumber manusia bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Teoh didakwa menyebabkan kematian suaminya, Encik Gordon Yeo Han Tong, 33 tahun, di flat HDB mereka di Senja Road antara 11.32 malam 30 Ogos dan 12.51 malam esoknya.
Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun dan telah berkahwin hampir dua tahun.
Mayat Encik Yeo, yang bekerja sendiri, ditemui dengan beberapa kecederaan pada bahagian atas badan dan muka di flat empat bilik itu.
Teoh ditahan reman dan akan kembali ke mahkamah pada 8 September.
Dia menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah.