Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh di ITE: Pesara yang tikam bekas isteri sampai mati dihukum penjara seumur hidup

Sep 22, 2021 | 05:34 PM



SEORANG pesara yang menikam hingga mati bekas isterinya di tempat meletak kereta kampus Kolej Central Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dihukum penjara seumur hidup pada Rabu (22 September).



Seet Cher Hng berdepan dengan tuduhan bunuh yang dikurangkan minggu lalu apabila dia menjelaskan dirinya tidak akan menentang tuduhan itu dan mengaku bersalah.



Lelaki 69 tahun ini sejak sekian lama menuntut wang daripada bekas isterinya, Cik Low Hwee Geok, 56 tahun, sebelum kejadian ini. Dia percaya wang itu adalah miliknya selepas perceraian mereka.



Mahkamah Tinggi diberitahu Seet malah mengukir pada sebilah pisau beberapa tarikh yang dia percayai dia ternampak Cik Low mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain (ketika mereka masih suami isteri).



Pisau itu adalah satu daripada tiga bilah pisau yang dibawa bersama apabila dia menyerang hendap Cik Low di kampus Ang Mo Kio itu dan bersemuka dengannya dalam kereta Cik Low sekitar 7.30 malam pada 19 Julai 2018.



Satu pergelutan kemudian berlaku apabila Cik Low cuba melepaskan dirinya daripada Seet. Dalam tempoh tersebut, Seet menikam Cik Low lapan kali. Dia kemudian menikam dirinya sendiri 13 kali pada bahagian atas utama tubuhnya. Dia kemudian rebah di atas tubuh Cik Low.



Mahkamah diberitahu Seet memberitahu orang yang lalu-lalang di tempat kejadian: "Biar saya mati, jangan selamatkan saya".



Pakar patologi forensik berkata, setiap daripada tiga kecederaan pada bahagian dada atas dan kiri Cik Low, bahagian kiri pertengahan belakang badannya dan bahagian bawah di belakang tubuhnya sudah cukup bagi menyebabkan kematian.



Seet awalnya dituduh dengan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 300(a) Kanun Keseksaan yang membawa pada hukuman bunuh.



Namun, bulan lalu, pihak pendakwa mengubah tuduhan itu menjadi pembunuhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa maut di bawah Seksyen 300(c). Kesalahan itu membawa pada hukuman bunuh atau penjara seumur hidup.



Pihak pendakwa berkata mereka tidak menafikan hukuman penjara seumur hidup akan diberi kepada Seet.



Sewaktu kejadian itu berlaku, Seet adalah pesara yang dahulunya bertugas di Ibu Pejabat ITE dan bergantung pada simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Cik Low pula adalah pengarah divisyen Divisyen Peperiksaan di Kolej Central ITE.



Mereka berkahwin pada 7 April 1993 dan bercerai pada 13 Jun 2011. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.



Mahkamah diberitahu, Seet yang sudah dua kali bercerai, menyalahkan kecurangan Cik Low yang menyebabkan mereka berpisah. Dia juga tidak puas hati dengan pembahagian aset sesudah perceraian mereka.



Dia percaya dia tidak menerima bahagian sewajarnya hasil jualan unit kondomunium mereka di Corporation Road yang dibeli bersama sewaktu berumah tangga.



Antara 2011 dengan 2018, dia mengirim beberapa e-mel mendesak agar Cik Low menyerahkan antara $200,000 dengan $500,000 hasil jualan kondominium itu serta sebagai ganti rugi kerana curang dengannya.



Tidak lama sebelum Tahun Baru Cina pada 2018, Seet meninggalkan surat pada cermin depan kereta Cik Low, mendesak agar $500,000 diberikan kepadanya serta mengugut bahawa urusan guaman akan dimulakan.



Cik Low tidak melayan permintaannya lantas Seet rasa terabai dan tidak puas hati.



Selepas kejadian itu, Seet dibawa ke hospital, di mana dia menjalani pembedahan bagi kecederaan perut dan kemudian dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) hingga 25 Julai 2018.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >