Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Kes bunuh Felicia Teo: Laporan IMH tentang lelaki yang didakwa siap; kes ditangguh Mac

Jan 28, 2021 | 07:28 PM

MENYUSULI penilaian psikiatri, Institut Kesihatan Mental (IMH) telah menyiapkan laporan mengenai keadaan lelaki yang didakwa membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007.

Butiran laporan IMH itu, bagaimanapun, tidak didedahkan pada Khamis (28 Januari) apabila yang didakwa, Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, kini 36 tahun, menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah daerah.

Dia diwakili Encik Shashi Nathan, Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo daripada firma guaman Withers KhattarWong.

Ahmad yang kini dalam tahanan akan kembali ke mahkamah pada 11 Mac.

Warga Singapura ini dituduh membunuh Cik Teo, 19 tahun, di sebuah flat di Marine Terrace pada 30 Jun 2007.

Berita Popular

Dia juga dikatakan melakukan kesalahan tersebut bersama Ragil Putra Setia Sukmarahjana, kini 32 tahun.

Kedua-dua lelaki ini dipercayai adalah kawan Cik Teo.

Di dalam sesi pada Khamis lalu, tidak dinyatakan jika ada butiran terkini mengenai sisa tubuh mangsa dan siasatan ke atas Ragil, yang dikatakan di luar negara.

Kehilangan Cik Teo menjadi berita yang tersebar luas apabila keluarga dan teman-temannya memohon bagi mendapatkan bantuan dengan kepercayaan remaja itu tidak melarikan diri.

Kali terakhir mereka terlihatnya ialah pada 29 Jun 2007, di mana beliau meninggalkan rumahnya di Bras Basah.

Rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan Cik Teo memasuki lif di blok Marine Terrace bersama dua lelaki. Sejak itu, tiada khabar berita kedengaran mengenainya.

Ibunya melaporkan kepada polis bahawa anaknya hilang pada 3 Julai tahun itu.

Pegawai yang menyiasat mulanya mengkategorikan kes ini sebagai kes wanita hilang.

Ini adalah kerana mereka tidak dapat mencari fakta yang mengaitkan dua lelaki itu pada kes kehilangan Cik Teo.

Sementara itu, polis kerap menyemak semula kes ini. Mereka mendapat bukti tambahan apabila kes ini dirujukkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pada Julai tahun lalu.

Ahmad diberkas pada 15 Disember dan didakwa atas kesalahan membunuh di mahkamah daerah dua hari selepas itu.

Mereka yang didapati bersalah membunuh akan dihukum gantung.
 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map