Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Felicia Teo: Tertuduh direman bagi penilaian psikiatrik

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



LELAKI yang dituduh membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007 akan ditahan dalam reman selama tiga minggu bagi menjalani penilaian psikiatrik.



Kes Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee akan didengar lagi pada 28 Januari selepas penilaian itu, yang akan dijalankan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi.



Ahmad Danial, 35 tahun, diwakili oleh Encik Shashi Nathan, Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo daripada firma guaman Withers KhattarWong.



Dia dituduh membunuh Cik Teo di sebuah flat di Marine Terrace pada 30 Jun 2007.



Cik Teo berusia 19 tahun ketika itu.



Ahmad Danial disyaki melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi lelaki, Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang sekarang berusia 32 tahun.



Mereka dipercayai adalah kawan Cik Teo.



Tiada maklumat baru diberi mengenai di mana mayat Cik Teo - yang hingga sekarang belum ditemui - atau siasatan berhubung Ragil, yang dikatakan berada di luar negara.



Kehilangan Cik Teo pada 2007 menarik perhatian media apabila keluarga dan rakan-rakannya merayu meminta bantuan daripada orang awam.



Kali terakhir mereka melihat Cik Teo ialah pada 29 Jun 2007, apabila beliau meninggalkan rumahnya di kawasan Bras Basah.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau memasuki lif di sebuah blok di Marine Terrace bersama dua lelaki.



Cik Teo tidak dilihat atau didengar lagi selepas itu.



Ibunya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 3 Julai.



Rakan dan keluarga Cik Teo juga melakukan pencarian sendiri, dalam usaha melibatkan lebih 200 orang.



Pada mulanya, polis menyifatkan kehilangan Cik Teo sebagai kes orang hilang kerana tidak menemui sebarang fakta yang menghubungkan dua lelaki itu dengan kehilangannya.



Kededua lelaki itu memberitahu polis Cik Teo meninggalkan flat tersebut sendirian.



Namun polis, yang melakukan reviu bagi kes terbuka secara tetap, menemui bukti baru selepas kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pada Julai lalu.



Mereka menangkap Ahmad Danial pada 15 Disember lalu dan dia dikenakan tuduhan membunuh di Mahkamah Daerah selang dua hari.



Jika sabit kesalahan membunuh, dia boleh dikenakan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >