DARI MAHKAMAH
Kes bunuh: Hukuman dua rakyat Sarawak dikekal
Feb 28, 2017 | 05:30 AM
MAHKAMAH Rayuan semalam mengekalkan hukuman yang ditetapkan ke atas dua rakyat Sarawak yang telah disabit bersalah atas pembunuhan kejam dalam kes kelar Kallang pada 2010.
Micheal Garing, 28 tahun, yang mempunyai dan menggunakan senjata pembunuhan, sebilah parang sepanjang 58 sentimeter, dijatuhi hukuman mati, manakala Tony Imba, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.