Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Kovan: Iskandar bersalah membunuh, dikenakan hukuman mati

Dec 04, 2015 | 03:50 PM



PEGAWAI polis Iskandar Rahmat, 36 tahun, dikenakan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh pasangan bapa dan anak dalam satu kes pembunuhan yang mendapat perhatian ramai di sini.


Menjatuhkan keputusan itu dalam bilik mahkamah yang padat hadirin sekitar 60 orang, Hakim Mahkamah Tinggi Tay Yong Kwang menolak pembelaan Iskandar yang mendakwa dia membunuh kerana mahu mempertahankan diri.


Iskandar dituduh membunuh pemilik bengkel kereta Tan Boon Sin, 67 tahun, dan anak lelakinya Tan Chee Heong, 42 tahun, di rumah bapanya di Hillside Drive, petang 10 Julai 2013.


"Tidak dapat disangsikan dia mempunyai niat untuk membunuh Encik Tan dalam perancangannya," kata Hakim Tay.


Hakim Tay menambah, anak Encik Tan juga kemudian menjadi mangsa dengan Iskandar turut mempunyai niat untuk membunuhnya di situ juga. 


Menanggung beban hutan dan kemungkinan dipecat dari Pasukan Polis Singapura, Iskandar telah merancang untuk membunuh Tan Boon Sin, namun rancangan tersebut menjadi kucar-kacir selepas Encik Tan mendapat tahu tentang muslihatnya.


Walaupun Iskandar tidak mempersoalkan pembunuhan tersebut, dia bagaimanapun menekankan di sepanjang perbicaraan kes itu bahawa mendiang Tan telah menyerangnya dengan pisau.


Dia mempertahankan dirinya dengan menikam dan mengelar mangsa selepas merampas pisau tersebut.


Dan apabila anak Encik Tan memasuki rumah tersebut dan menyerang Iskandar, tertuduh membalas dengan menghayunkan pisau tersebut secara tidak tentu hala.


Semasa perbicaraan, pihak pendakwa telah berhujah bahawa Iskandar memang mempunyai niat untuk membunuh berdasarkan beberapa bekas tikaman yang dialami kededua mangsa - kebanyakannya di bahagian penting badan seperti kepala, leher dan dada.


Timbalan Pendakwa Raya Lau Wing Yum membentangkan kesnya bahawa Iskandar memang mempunyai niat untuk membunuh kededua mangsa supaya mereka tidak akan dapat mengenalinya.


Peguambela Shashi Nathan pula telah menggesa mahkamah supaya menerima kenyataan anak guamnya bahawa dia membunuh kerana untuk mempertahankan diri, dan menghukumnya atas kesalahan homisid tetapi tidak sampai membunuh.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >