Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Orchard Towers: Tuduhan ke atas 2 lelaki dikurangkan ke menyerang

Feb 21, 2020 | 07:31 PM



DUA lelaki yang didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan di Orchard Towers telah dilepaskan daripada tuduhan membunuh dan dihadapkan dengan tuduhan menyerang di sebuah mahkamah daerah pada Jumaat (21 Februari).


Mereka adalah Joel Tan Yun Sheng dan Ang Da Yuan, kedua-duanya berusia 26 tahun.


Dengan perkembangan terbaru ini, hanya Tan Sen Yang, 28 tahun, masih menghadapi tuduhan membunuh, lapor The Straits Times.


Joel Tan dan Ang masing-masing ditawarkan ikat jamin $15,000.


Mahkamah diberitahu bahawa Joel Tan berhasrat mengaku bersalah bagi kesalahannya dan akan kembali ke mahkamah pada 4 Mac.


Persidangan sebelum perbicaraan bagi Ang akan diadakan pada hari berikutnya.


Selain Joel Tan dan Ang, empat lagi - termasuk satu-satunya wanita yang didakwa terlibat dalam kes itu - melihat tuduhan bunuh mereka dikurangkan tahun lalu.


Kes mereka masih belum selesai.


Ketujuh-tujuh mereka pada mulanya didakwa membunuh Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, yang diserang sekitar 6.30 pagi pada 2 Julai tahun lalu.


Beliau meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng kira-kira sejam kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >