Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Kes bunuh Orchard Towers: Wanita nangis bila tuduhan bunuh dikurangkan

Oct 19, 2019 | 01:07 PM

SATU-SATUNYA wanita yang dikaitkan dengan pembunuhan di Orchard Towers diberitahu semalam (18 Oktober) bahawa tuduhan membunuh telah dikurangkan kepada serangan.

Natalie Siow Yu Zhen, 23 tahun, antara satu daripada tujuh orang yang pada mulanya dituduh membunuh Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, yang diserang pada 6.30 pagi pada 2 Julai dan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Tan Tock Seng.

Enam tertuduh yang lain yang dituduh membunuh adalah Tan Hong Sheng, 22 tahun; Loo Boon Chong, 25 tahun; Tan Sen Yang, 28 tahun; dan juga Joel Tan Yun Sheng, Chan Jia Xing and Ang Da Yuan, semuanya 26 tahun. Kes mereka masih belum selesai.

Menurut dokumen mahkamah, Siow, Tan Sen Yang, Joel Tan Yun Seng dan Ang didakwa menumbuk dan menendang Encik Satheesh di aras satu Orchard Towers.

Siow diwakili Encik Amarick Gill dari Amarick Gill LLC dan Cik Cherly Ng dari Intelleigen Legal. Encik Gill memberitahu The Straits Times bahawa Siow “terharu” dan menangis apabila pasukan pendakwaan bersetuju untuk mengurangkan hukuman.

Siow diikat jamin sebanyak $15,000 semalam dan akan kembali ke mahkamah pada 25 Oktober.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian