Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES CALON PEGUAM TIPU DALAM PEPERIKSAAN

AGC jelas sebab nama peguam terlibat harus didedah

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



KEPUTUSAN untuk tidak menamakan enam calon peguam yang telah menipu dalam peperiksaan boleh menimbulkan keraguan terhadap keseluruhan calon pada tahun itu, padahal calon-calon lain telah lulus peperiksaan mereka dengan jujur, kata jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC), semalam.



Begitulah jawapan terhadap beberapa pertanyaan mengapa Peguam Negara meminta Mahkamah Agung Singapura membatalkan perintah awalnya untuk tidak menamakan enam calon peguam yang terbabit itu.



Pada 18 April, Hakim Choo Han Teck, dalam alasan bertulisnya berkata beliau telah menangguhkan permohonan daripada enam calon itu untuk diterima menjadi peguam, selepas Peguam Negara membantah penerimaan mereka ke Badan Peguam.



Ini termasuk dalam ujian kertas dalam etika dan tanggungjawab profesional.



Untuk memberi peluang kedua, Hakim Choo mengarahkan keenam-enam calon yang terbabit itu tidak dinamakan, dengan harapan mereka tidak akan menghadapi prejudis dalam jangka masa panjang.



Beliau juga mengarahkan fail mahkamah dimeterai, untuk menghalang pihak yang lain daripada melihat dokumen itu.



Jurucakap AGC berkata, Khamis lalu, Peguam Negara telah memfailkan permintaan untuk hujah lanjut berhubung dengan arahan tidak menamakan calon-calon yang menipu serta arahan bagi pemeteraian fail mahkamah itu.



"Peguam Negara berasa amat bimbang jika keenam-enam pemohon itu tidak dinamakan kerana ia boleh menimbulkan keraguan ke atas golongan calon tahun itu dalam Bahagian B Peperiksaan Peguam Singapura 2020.



"Sebahagian besar daripada mereka telah lulus peperiksaan dengan jujur namun orang ramai mungkin membuat spekulasi tentang siapa pemohon-pemohon yang telah menipu dalam peperiksaan tersebut," kata jurucakap itu.



Beliau menambah bahawa pendengaran pengakuan adalah pengakuan awam oleh Mahkamah Agung dan mereka yang layak adalah mereka yang sesuai untuk dipanggil ke Badan Peguam untuk berkhidmat kepada orang ramai.



Beliau menegaskan bahawa prinsip keadilan terbuka adalah prinsip asas dalam prosiding mahkamah terbuka.



"Perintah untuk tidak menamakan calon-calon yang menipu serta arahan bagi pemeteraian fail mahkamah itu merendahkan prinsip umum, dan mesti diwajarkan dengan alasan yang kukuh.



"Dalam kes ini, keadaan enam pemohon itu tidak termasuk dalam mana-mana pengecualian undang-undang atau undang-undang biasa kepada prinsip umum keadilan terbuka," kata jurucakap itu.



Semalam, Hakim Choo mengumumkan bahawa beliau akan membatalkan keputusan awalnya untuk tidak mendedahkan kepada umum nama enam graduan undang-undang dalam penghakimannya pada 18 April.



Antara alasan yang beliau berikan ialah ia lebih baik untuk mereka "menghadapi publisiti daripada bersembunyi daripadanya".



Enam pelatih itu adalah antara 11 calon peguam yang telah memohon untuk dimasukkan ke Badan Peguam selepas didapati menipu dalam peperiksaan, yang diadakan secara dalam talian.



Lima daripada mereka - Cik Monisha Devaraj, Encik Kushal Atul Shah, Encik Sreeraam Ravenderan, Encik Matthew Chow Jun Feng dan Encik Lionel Wong Choong Yoong - telah ditangguhkan permohonan mereka selama enam bulan.



Kelima-lima mereka berkongsi jawapan di platform pemesejan WhatsApp dan telah mengakui perbuatan mereka itu selepas ditangkap.



Cik Lynn Kuek Yi Ting, yang menafikan menipu tetapi didapati bersubahat dengan calon lain, telah ditangguhkan permohonannya selama setahun.



AGC sebelum ini berkata bahawa Peguam Negara sedang mempertimbangkan lima lagi permohonan.




"Peguam Negara berasa amat bimbang jika keenam-enam pemohon itu tidak dinamakan kerana ia boleh menimbulkan keraguan ke atas golongan calon tahun itu dalam Bahagian B Peperiksaan Peguam Singapura 2020. Sebahagian besar daripada mereka telah lulus peperiksaan dengan jujur namun orang ramai mungkin membuat spekulasi tentang siapa pemohon-pemohon yang telah menipu dalam peperiksaan tersebut."
- Jurucakap AGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >