Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes ceroboh kurungan badak di Taman Haiwan: Remaja didakwa ambil kanabis ketika diikat jamin

Oct 13, 2021 | 04:07 PM



SEORANG belia yang dirakam dalam video pada Disember lalu melakukan libas belakang dalam kurungan seekor badak putih di Taman Haiwan Singapura didakwa mengambil kanabis ketika dalam proses ikat jamin.



Ralph Wee Yi Kai, 19 tahun, dituduh dengan satu kesalahan mengambil dadah di mahkamah daerah pada Rabu (13 Oktober).



Dia mulanya diminta ke mahkamah pada Julai tahun ini di mana dia dikenakan dua tuduhan melakukan kenakalan di samping satu lagi tuduhan melaku musnah dan menceroboh kawasan terlarang. Wee ditawarkan ikat jamin $15,000.



Warga Singapura ini dikatakan mengambil dadah berkenaan pada Ogos ketika diikat jamin.



Pada Rabu, Wee tampil di mahkamah menerusi pautan video. Ikat jaminnya dibatalkan awal sebelum ini selepas dia melanggar undang-undang dan ditahan.



Ketika dalam tempoh ikat jamin, dia sepatutnya menjalani ujian air kencing di Biro Narkotik Pusat tetapi gagal berbuat demikian.



Peguambela, Encik Shashi Nathan, memberitahu mahkamah pada Rabu bahawa anak guamnya telah diberi cuti sakit bagi beberapa hari di mana dia perlu jalani ujian air kencing.



Menggesa agar mahkamah memberi ikat jamin buat Wee, Encik Nathan berkata Wee kini adalah orang yang berbeza dan sudah bertenang.



Hakim Daerah Terence Tay kemudian membenarkan ikat jamin $20,000 diberi kepada Wee. Sidang praperbicaraannya akan berlangsung pada 2 November.



Dia kini berdepan dengan enam tuduhan - dua melibatkan kenakalan serta setiap satu tuduhan melaku musnah barangan, mencerobohi tempat terlarang, penderaan haiwan dan pengambilan dadah.



Wee dituduh mencerobohi kurungan badak itu sekitar 2.40 petang pada 17 Disember tahun lalu.



Dia juga dikatakan mendera seekor katak dan menyebabkannya melalui kesakitan dan penderitaan yang tidak wajar di satu tapak Sentosa Cove seminggu selepas kesalahan pertama.



Wee dikatakan telah meletakkan katak itu di atas meja permainan bola sepak meja sebelum melontar laju bola ke arahnya.



Bola itu mengena sasaran pada katak tersebut yang cedera dan mati.



Secara berasingan, Wee juga telah melakukan perbuatan laku musnah sekitar 2.40 pagi pada 9 Oktober tahun lalu dengan merosakkan panel maklumat di perhentian bas di Sixth Avenue, berhampiran Bukit Timah Road, menyebabkan kerosakan bernilai $900.



Dia juga dikatakan telah menyebabkan kerosakan pada dua kereta berhampiran Sixth Crescent pada pagi itu dengan melanggar cermin tepian kereta tersebut.



Wee dituduh menyebabkan kerosakan sekitar $2,800 kepada kereta Mercedes-Benz dan lebih $1,600 pada kereta BMW.



Dalam satu kenyataan awal, polis berkata pihaknya diberitahu mengenai kes di Taman Haiwan Singapura itu sekitar 5.40 petang pada 17 Disember tahun lalu.



Jika didapati bersalah mencerobohi kawasan terlarang, Wee boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda hingga $1,500. Bagi perbuatan laku musnah pula, dia boleh didenda hingga $2,000 atau dipenjara hingga tiga tahun dan menerima antara tiga hingga lapan sebatan rotan.



Bagi pengambilan kanabis pula, seorang pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda hingga $20,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >