Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 baru di Singapura turun untuk hari kelima berturut-turut, dengan 11 pesakit di ICU

Aug 11, 2021 | 01:23 AM



BILANGAN kes Covid-19 harian di sini telah turun untuk hari kelima berturut-turut.

Pada Selasa malam (10 Ogos), Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 53 kes dalam masyarakat, dan satu kes yang diimport.


Kali terakhir terdapat kurang 53 kes masyarakat adalah pada 15 Julai, apabila terdapat 42 kes sedemikian.


Sebanyak 15 kes pada Selasa tidak berkait dengan kes terdahulu.


Kali terakhir terdapat kurang 15 kes yang tidak berkait adalah pada 21 Julai, dengan tujuh kes sedemikian.


Satu kes baru ditambah ke kelompok Pusat Dialisis NKF, yang kini mempunyai empat kes.


Sementara itu, seramai 11 pesakit berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi, naik daripada 10 pada hari sebelumnya.


MOH juga mengumumkan sejumlah 32 kes penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen.


Enam daripada 43 kes itu telah divaksin sepenuhnya. 


Secara keseluruhan, seramai 35 warga emas berusia lebih 60 tahun yang sakit teruk, kata MOH.


Daripada kumpulan itu, 29 orang belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.


Hingga 9 Ogos, 8,145,237 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, yang meliputi 4,373,550 individu.


Daripada jumlah tersebut, 3,897,650 orang telah menerima dua dos vaksin, kata MOH.


Selain itu, 131,186 dos vaksin lain dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan hingga 9 Ogos, merangkumi 80,459 individu.


Secara keseluruhan, 72 peratus penduduk di sini telah menerima dua dos vaksin, dan 81 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.


Secara keseluruhan, jumlah kes baru dalam masyarakat telah turun dari 799 kes dua minggu lalu kepada 481 kes minggu lalu.


Bilangan kes dalam masyarakat yang tidak berkait juga turun daripada 238 kes dua minggu lalu kepada 138 kes minggu lalu.


Sejumlah 508 kes kini dirawat  di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >