Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 cecah 2,236 termasuk 5 yang maut akibat komplikasi

Sep 29, 2021 | 12:20 AM



BILANGAN kes Covid-19 baru melepasi angka 2,000 buat pertama kali pada Selasa (28 September).


Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat 2,236 kes Covid-19 baru yang dilaporkan di Singapura, 589 lebih banyak berbanding Isnin.


Jumlah kes di sini ialah 91,775.


Terdapat 1,711 kes dalam masyarakat, dan 515 di kalangan penghuni asrama. Baki 10 adalah kes import.


Lima lagi orang juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.


Empat daripada mereka adalah lelaki warga Singapura berusia antara 69 dengan 79 tahun, dan seorang lagi adalah wanita warga Singapura berusia 77 tahun.


Dua daripada lima orang yang terkorban itu belum divaksin.


Satu daripada mereka telah menerima satu dos vaksin dan dua telah menerima kedua-dua dos vaksin.


Kesemua mereka mempunyai pelbagai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH, tanpa memberi perincian lanjut mengenai keadaan itu dalam kenyataannya.


Sejauh ini, 85 orang di sini telah meninggal dunia akibat virus tersebut.


Seramai 30 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini, berbanding 18 kematian pada Ogos.


Ini adalah hari kesembilan berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >