Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 di 8 pusat tukaran bas lebihi 300 kes

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kes jangkitan Covid-19 di lapan pusat tukaran bas di Singapura melebihi 300 kes, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) malam kelmarin.



Sebanyak 29 kes baru dilaporkan pada 1 September, menjadikan jumlah keseluruhan 314 kes di lapan pusat tukaran bas.



Dari jumlah tersebut, terdapat sembilan jangkitan baru berkaitan dengan kelompok yang melibatkan kakitangan di pusat tukaran bas Boon Lay, yang telah meningkat menjadi 66 kes, kata MOH.



Kelompok yang melibatkan kakitangan di pusat tukaran bas Toa Payoh meningkat kepada 93 kes, dengan lapan lagi jangkitan, kata MOH.



Kelompok di pusat tukaran bas lain di Tampines, Jurong East, Bishan, Punggol dan Clementi pula meningkat masing-masing antara satu hingga empat kes.



Tidak ada kes baru bagi kelompok pusat tukaran bas Sengkang.



Sementara itu, kelompok Bugis Junction mempunyai sembilan kes baru, menjadikan jumlahnya 233 kes.



Kelompok Institut Kesihatan Mental (IMH) melaporkan enam kes baru, meningkat kepada 14 jangkitan secara keseluruhan setelah diumumkan sebagai kelompok baru Isnin lalu.



MOH berkata kini terdapat 68 kelompok aktif, masing-masing antara tiga dengan 1,155 jangkitan.



MOH melaporkan 177 kes jangkitan Covid-19 secara tempatan kelmarin.



Ia jumlah tertinggi sejak 21 Julai, dengan hanya 179 kes.



Bilangan kes yang tidak kaitan pula adalah 90 kes, jumlah tertinggi dalam sehari.



Di antara kes baru, 54 dikaitkan dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin, sementara 33 lagi kes berkaitan dikesan melalui pengawasan.



Salah satu kes baru adalah seorang warga emas berusia di atas 70 tahun yang telah menerima sebahagian dos vaksin dan berisiko mengalami penyakit serius.



Terdapat juga tiga kes import yang dikesan dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau pengasingan sebaik tiba di Singapura.



Kesemua mereka menghidap penyakit itu ketika berada dalam keadaan terasing atau semasa dikenakan SHN.



Seramai 499 pesakit dimasukkan ke hospital.



Terdapat 22 pesakit yang memerlukan suplemen oksigen dan lima berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >