Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 di kapal Royal Caribbean: Lelaki S'pura 83 tahun dihantar ke hospital

Dec 09, 2020 | 05:32 PM



LELAKI warga Singapura berusia 83 tahun, yang disahkan positif Covid-19 di atas kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat Royal Caribbean, telah dibawa ke hospital untuk ujian lanjut.


Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu (9 Dis), pengarah Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Annie Chang, berkata penjejakan kontak sedang dijalankan dan sebagai sebahagian daripada protokol kawalan jangkitan sedia ada, baki penumpang dan kru di atas kapal akan kekal di dalam kapal hingga penjejakan selesai.


Mereka juga perlu terus berada di atas kapal itu hingga kapal World Dream milik Genting Cruise Line selesai menerima semua penumpang untuk pelayaran berikutnya, yang dijangka sekitar 6 petang Rabu.


Ini untuk mengelakkan percampuran antara penumpang atau anak kapal daripada kedua-dua kapal, tambahnya.


Kapal itu, yang mempunyai 1,680 penumpang dan 1,148 anak kapal tiba di Singapura pada 8 pagi pada Rabu setelah kembali pada hari ketiga persiaran tanpa destinasi yang sepatutnya berlangsung selama empat hari.


The Straits Times sebelum itu melaporkan penumpang yang dijangkiti itu telah ke pusat perubatan atas kapal setelah mengalami cirit-birit, dan menjalani ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) sebagai sebahagian daripada protokol atas kapal.


"Penumpang itu telah menjalani ujian PCR Covid-19 wajib sebelum menaiki kapal, dan diuji negatif," tambah Cik Chang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >