Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 di S'pura tidak meningkat hasil sekatan lebih ketat: Ong Ye Kung

May 22, 2021 | 03:06 PM



KES baru Covid-19 di sini belum meningkat dalam seminggu lalu hasil langkah berjaga-jaga yang lebih ketat yang telah diambil Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Sabtu (22 Mei).

Negara ini memperketat langkah keselamatannya mulai  16 Mei, termasuk melarang makan di luar dan mengehadkan perhimpunan sosial.

Encik  Ong berkata jumlah jangkitan koronavirus baru telah meningkat sekitar 20 hingga 30 sehari sejak itu.

Katanya: “Oleh itu, anda tidak melihat kenaikan mendadak dalam kes yang akan anda lihat sekiranya anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga, tidak melakukan ujian, dan tidak melakukan jejak kontak.

“Dalam keadaan seperti itu, biasanya setiap minggu, anda akan melihat kesnya berganda dan berganda – sangat menakutkan.”

Encik Ong menarik perhatian bahawa jumlah kes Covid-19  di sini semakin stabil.

“Saya harap kita terus seperti ini. Kita masih perlu perhatikan beberapa hari lagi sebelum kita mengetahui  perkembangan lanjut mengenai kes di sini.

“Tetapi kita juga harus terus melakukan peranan  kita, sehingga kita dapat mengawalnya,” katanya.

Encik Ong bercakap dalam satu acara maya secara langsung di Facebook bagi badan  amal Blossom Seeds yang melancarkan kempen baru yang dipanggil Unity in Diversity.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >