Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 masyarakat meningkat: Masagos gesa orang ramai duduk di rumah, terus beraya secara online

May 13, 2021 | 07:12 PM



 





MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menggesa masyarakat supaya menimbangkan semula rancangan mereka untuk berada di luar rumah sedang kes jangkitan dalam masyarakat Covid-19 terus meningkat.



“Saya menggesa agar masyarakat menimbangkan semula rancangan mereka untuk berada di luar rumah. Duduk di rumah seberapa boleh dan keluar hanya jika benar-benar perlu.



“Silakan untuk terus beraya melalui wadah online. Dan jika pun perlu berada di luar rumah, patuhi peraturan kebersihan dan jarak selamat dengan serius,” katanya, dalam satu catatan di Facebook Khamis (13 Mei).



Kementerian Kesihatan pada Khamis mengumumkan 24 kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.



Jumlah ini adalah jangkitan harian yang paling tinggi sejak Julai tahun lalu.



Daripada jumlah tersebut, 17 kes berkait dengan kelompok di Lapangan Terbang Changi menjadikan jumlahnya kepada 42 kes.



“Tentu sekali ini satu perkembangan yang sangat membimbangkan khususnya kerana kita sedang berada dalam musim cuti perayaan. Ramai yang memanfaatkan hujung minggu ini yang panjang sama ada untuk berHari Raya dan atau aktiviti lain di luar rumah,” kata Encik Masagos lagi.



Dalam catatannya juga, Encik Masagos merujuk kepada ucapan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, Encik Lawrence Wong, yang menekankan bahawa Singapura kini berada di satu “persimpangan genting” dengan keadaan boleh menjadi bertambah baik menjelang hujung bulan ini ataupun sebaliknya jangkitan boleh membengkak .



Ini ekoran jumlah kes yang tidak diketahui asal usulnya dan bertambahnya jumlah kelompok.



Encik Masagos menarik perhatian bahawa para pakar bersetuju dengan pengamatan Encik Wong itu.



“Menurut mereka pilihan di tangan kita -  bekerja keras untuk sama-sama mengawal jumlah jangkitan ataupun berdepan dengan kemungkinan drastik dikenakan langkah pemutus rantaian sekali lagi. Virus ini memang sukar dikawal.



“Yang jelas ia begitu mudah menular apabila kita leka. Ayuh kita sama-sama pertingkatkan iltizam kita untuk menewaskan virus ini supaya keluarga kita dan Singapura selamat,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >