Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 tempatan, bilangan dirawat di hospital terus susut: Ye Kung

Aug 23, 2022 | 09:04 PM



BILANGAN kes jangkitan Covid-19 tempatan dan bilangan mereka yang dirawat di hospital akibat Covid-19 telah merosot semalam, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Selasa (23 Ogos).





Beliau menyatakan ia merupakan perkembangan yang menggalakkan ‘mengenai daya tahan masyarakat kita yang semakin meningkat dengan setiap gelombang yang berlalu’.





Singapura mencatatkan sebanyak 3,406 kes tempatan pada Selasa, satu penurunan daripada 4,909 kes tempatan seminggu lalu.





Kes pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 juga lebih rendah dengan 359 dilaporkan semalam, berbanding 524 kes seminggu lalu.





Encik Ong berkata kes biasanya melonjak pada Selasa selepas hujung minggu tetapi perangkaan berbeza hari ini.





“Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) tidak lama lagi akan berkongsi butiran lanjut tentang perjalanan ke hadapan.



Sementara itu, teruskan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan dan kekal bertanggungjawab secara sosial,’’ kata Encik Ong, dalam catatannya di Facebook.





Dalam Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyatakan pelitup hanya diperlukan ketika menaiki pengangkutan awam dan di kawasan penjagaan kesihatan seperti klinik, hospital, dan rumah kediaman dan penjagaan sejajar dengan keadaan Covid-19 yang semakin reda.





Di tempat lain, seperti tempat awam yang terbuka dan tertutup, pelitup tidak wajib digunakan.





“Dengan keadaan kami menjadi stabil, kami akan mengurangkan keperluan menggunakan pelitup dalam masa akan datang untuk mengelakkan keletihan,” kata Encik Lee.





Dalam ucapannya, Encik Lee berkata pelitup hanya diperlukan ketika menaiki pengangkutan awam di mana orang ramai berada dalam hubungan rapat yang berpanjangan dalam ruang yang sesak.





Bagi sekolah khususnya, beliau berkata pada pelajar sepatutnya tidak memerlukan pelitup dalam kelas.

“Kanak-kanak perlu dapat melihat ekspresi muka guru mereka dan antara satu sama lain.

“Ini penting untuk pembelajaran dan perkembangan mereka,” ujarnya.





Sehingga kini Singapura telah menyesuaikan diri kepada keadaan yang berubah dan secara beransur-ansur.





Sehingga hari ini, hanya terdapat dua lagi langkah pengurusan selamat (SMM) yang masih diterapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >