Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19: Tiga masjid terjejas laksana pembersihan, anjur solat Jumaat

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



MASJID En-Naeem di Hougang dan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Harbourfront dibuka semula kepada jemaah semalam, sehari selepas ia ditutup bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.



Masjid Ahmad di Pasir Panjang yang ditutup dua hari bagi tujuan sama dibuka semula hari ini.



Ketiga-tiga masjid itu ditutup kelmarin, selepas didapati dikunjungi pesakit Covid-19.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), seorang pegawai Masjid Ahmad berkata masjid yang terletak di Lorong Sarhad itu dijadual dibuka semula kepada jemaah pada waktu subuh (pagi tadi) termasuk bagi solat Jumaat hari ini.



Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Harbourfront dan Masjid En-Naeem pula dibuka kepada jemaah sejak waktu zuhur semalam. Tinjauan akhbar ini ke Masjid En-Naeem di Hougang semalam menunjukkan beberapa jemaah dilihat sedang solat asar sementara pekerja turut dilihat menjalankan kerja pembersihan.



Sehingga lapan malam semalam, kededua masjid itu juga masih menawarkan ruang tempat bagi solat Jumaat pada hari ini, berdasarkan maklumat di laman web ourmosques.commonspaces.sg. Laman yang sama pula menunjukkan tempahan bagi solat Jumaat di Masjid Ahmad sudah ditutup.



Dalam kenyataannya kelmarin, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata jemaah yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 yang pergi ke tiga masjid tersebut akan dihubungi pihak berkuasa bagi tindakan susulan.



LAPORAN LANJUT: Kerja pembersihan tambahan di Masjid Ahmad demi keselamatan jemaah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >