Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 yang disyaki libatkan varian Omicron dihantar ke NCID, pemulihan di rumah tidak dibenar

Nov 30, 2021 | 04:46 PM



INDIVIDU yang disyaki mempunyai varian koronavirus baru, Omicron, akan diasingkan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) sehingga doktor yakin mereka tidak lagi mudah menjangkiti menerusi ujian berulang.



Mereka tidak dibenarkan pulih di rumah, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Selasa (30 November).



Jejak kontak menyeluruh akan juga dijalankan bagi kes yang disahkan dengan kontak rapat pesakit akan dikuarantin buat tempoh 10 hari di kemudahan khusus daripada mengasingkan diri sendiri di rumah.



Ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) akan dijalankan pada awal dan penghujung tempoh kuarantin bagi individu berkenaan, dengan contoh swab diutamakan bagi penjujukan genetik untuk memastikan jika mereka mempunyai varian Omicron.



"Protokol jagaan kesihatan akan dikendalikan dengan lebih tegas dan agak sama dengan protokol asal yang kami laksanakan apabila Singapura mula mengalami Covid-19," jelas Encik Ong, pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani pandemik ini di satu sidang media.



Varian baru ini mula dikesan di Afrika Selatan dan digolongkan sebagai varian pencetus keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Varian keptihatinan ini adalah yang menunjukkan bukti jangkitan dan kemudaratan lebih tinggi, membawa pada lebih banyak jangkitan yang teruk dan memerlukan rawatan di hospital dan menyebabkan kematian. Empat varian lain jatuh dalam kategori ini termasuk varian Delta yang ketara kini.



Encik Ong juga dapati bahawa ujian PCR tertentu yang dihasilkan oleh firma bioteknologi, ThermoFisher, boleh menunjukkan jika seseorang itu kemungkinan dijangkiti varian Omicron.



Ujian ini akan diutamakan bagi penggunaan terhadap pengembara, katanya, sambil menambah ia tidak mungkin gagal tetapi akan membenarkan Singapura untuk bertindak segera dan melaksanakan protokol jagaan kesihatan yang dibeza-bezakan.



Dengan cara itu, orang ramai boleh memikirkan mengenainya sebagai mempunyai dua virus berasingan di Singapura, kata Encik Ong.



"Kita mempunyai dua varian berbeza, dua set protokol jagaan kesihatan berbeza. Satu set untuk Delta, satu set untuk Omicron dan cara membezakannya adalah dengan menggunakan ujian PCR ThermoFisher," jelasnya.



Encik Ong juga menekankan bahawa negara ini harus teruskan menggalak vaksinasi.



"Ini tentunya adalah masa yang salah untuk bertelingkah pendapat bahawa hanya kerana terdapat varian baru, tidak perlulah menjalani vaksinasi dan tunggu sahaja vaksin baru. Orang boleh meninggal kerana pertelingkahan sebegini dan keputusan sebegini," jelasnya.



Beliau juga menambah terdapat peluang baik bahawa vaksin yang ada kini masih mampu menangani varian baru itu. Katanya: "Ia bukanlah kes di mana terdapat mutasi dan selanjutnya vaksin yang ada tidak akan berjalan kerana tubuh manusia lebih berkemampuan daripada ini."



Encik Ong membandingkan keadaan yang ada kini ibarat permainan ular dan tangga, di mana hasil daripada pembuangan buah dadu kelak kekal tidak diketahui.



Jika varian Omicron lebih mudah menjangkiti atau berbahaya, dengan vaksin yang tidak dapat menanganinya dengan baik, Singapura mungkin jatuh pada "sang ular", katanya.



"Kita akan turun dan ia akan membuatkan kita berada dalam perjalanan jauh (sebelum pemulihan dicapai)."



Tetapi jika varian baru ini lebih mudah menjangkiti dan lebih ringan, ia mungkin akan menjadi lebih ketara daripada varian Delta - satu tanda positif. Ini akan membolehkan Singapura terus hidup bersama Covid-19, kata Encik Ong.



Buat masa ini, negara ini harus mengambil pendekatan berhati-hati - melaksanakan langkah sewajarnya bagi mengelakkan varian baru daripada wujud dalam masyarakat, jelasnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >