Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STATISTIK TAHUNAN 2021 ICA

Kes cuba seludup barang kontraban nilai rendah bertambah

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN jumlah kes barang kontraban yang dikesan di pusat pemeriksaan di sini berkurangan tahun lalu berbanding 2020, jumlah kes kontraban melibatkan barang bernilai rendah yang cuba diseludup masuk meningkat tahun lalu.



Menurut perangkaan tahunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang dikeluarkan semalam, 5,860 kes kontraban dikesan dalam kalangan barang bernilai rendah yang diimport tahun lalu - hampir 40 peratus lebih banyak daripada pada 2020.



"Ini selaras dengan pertumbuhan perdagangan elektronik (e-commerce) kebelakangan ini," ujar ICA, yang menambah ia akan terus memantau trend ini dengan rapat.



Tahun lalu, ICA memeriksa lebih 29.5 juta barang bernilai rendah melalui pusat pemeriksaan kargo udara.



ICA turut memeriksa lebih 5.9 juta penumpang tahun lalu, kurang 86 peratus daripada lebih 42.1 juta pada 2020.



Sementara itu, lebih 10.8 juta konsainan, kontena dan kiriman bungkusan diperiksa ICA tahun lalu, kurang 7.4 peratus daripada lebih 11.7 juta pada 2020.



"Dengan penutupan sempadan dan sekatan perjalanan di banyak negara akibat pandemik Covid-19, jumlah penumpang terus berkurangan.



"Jumlah kargo juga susut sedikit. Namun, jumlah barang bernilai rendah yang diimport ke Singapura terus meningkat sedang pengguna terus menggunakan e-commerce dan berbelanja dalam talian," kata ICA.



Dengan jumlah penumpang berkurangan banyak, ICA berkata jumlah kes kontraban yang dikesan di pusat pemeriksaan ICA turut berkurangan sekitar 33 peratus ke 27,000 kes tahun lalu, berbanding 41,000 kes pada 2020.



Tahun lalu, ICA mematahkan beberapa percubaan menyeludup barang kontraban ke Singapura, dengan jumlah besar konsainan rokok kontraban dan dadah ditemui tersembunyi di antara konsainan sah yang dibawa lori.



Malah dalam beberapa kes itu, pesalah menggunakan cara kompleks untuk menyembunyikan barang kontraban itu, lantas lebih sukar bagi pihak berkuasa mengesannya.



Ini termasuk menyembunyikan rokok kontraban dalam unit alat hawa dingin, kipas pengalihan udara, pelbagai kompartmen kenderaan yang diubah dan sebagainya.



"ICA akan terus memantau keadaan ini dengan rapat kerana cara sembunyi serupa itu boleh digunakan untuk menyeludup senjata dan bahan letupan ke Singapura.



"Selain menyeludup barang kontraban, ICA mengesan beberapa kejadian mengimport kit ujian pantas antigen (ART) Covid-19 dan ubat seperti Ivermectin secara tidak sah," ujar ICA.



Peranan ICA memastikan keselamatan sempadan negara ini juga bertambah rumit di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Selain terus memikul tanggungjawab keselamatan sempadan, kawalan imigresen dan khidmat pendaftaran, ICA memainkan peranan mentadbir dan menguat kuasa rejim arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Tahun lalu, ICA mengeluarkan lebih 350,000 arahan SHN, dengan sembilan orang didakwa di bawah Akta Penyakit Berjangkit (IDA) kerana melanggar syarat SHN itu.



Dalam pada itu, ICA melaporkan bahawa jumlah pesalah imigresen, orang yang memberi perlindungan kepada pesalah imigresen, majikan menggajikan pesalah imigresen serta kes berkaitan perkahwinan kontrak berkurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >