Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes curi minyak gas $200j Shell: Tiga bekas pekerja dituduh rasuah

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



TIGA bekas pekerja Shell Eastern Petroleum yang didakwa terlibat dalam satu pencurian minyak gas bernilai $200 juta telah dituduh memberi rasuah kepada pekerja syarikat yang memeriksa kapal yang menerima bekalan minyak daripada Shell.



Juandi Pungot, 44 tahun, Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram, 40 tahun, dan Richard Goh Chee Keong, 51 tahun, dihadapkan di mahkamah semalam untuk dibacakan dakwaan mereka.



Ketiga-tiganya didakwa sebelum ini dengan tuduhan pecah amanah kerana dikatakan terlibat dalam konspirasi yang mengakibatkan lebih 300,000 ton minyak gas bernilai sekitar AS$150 juta ($200 juta) dicuri dari loji penapisan global terbesar Shell.



Juandi dan Muzaffar Ali Khan menghadapi 13 tuduhan setiap seorang, sementara Goh menghadapi empat tuduhan, kesemuanya bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Antara 2014 dan 2017, Juandi dan Muzaffar Ali Khan didakwa bersekongkol untuk memberi rasuah berjumlah sekitar AS$91,900 kepada 10 pekerja syarikat pemeriksa supaya mereka memberi laporan palsu tentang jumlah minyak gas yang dipunggah ke kapal yang pekerja itu perlu periksa.



Antara 2016 dan 2017, Goh dituduh menyogok tiga pekerja syarikat pemeriksa sebanyak AS$25,000 bagi tujuan sama.



Ketiga-tiga tertuduh akan dihadapkan di mahkamah sekali lagi pada 19 Mac.



Jurucakap Shell berkata gergasi minyak itu sedang bekerja dengan pihak berkuasa pemerintah dan persatuan industri untuk menangani masalah kecurian minyak di rantau ini.



"Apa yang kami temui tidak boleh diterima dan kami telah mengambil tindakan penting untuk mencegah situasi serupa daripada berulang, dengan tumpuan pada perkara yang termasuk pemantauan produk yang bergerak masuk dan keluar dari Bukom, proses pengurusan kapal, dan meningkatkan latihan etika dan pematuhan," katanya, merujuk kepada Pulau Bukom, tempat loji Shell terletak.



Jika sabit kesalahan rasuah, pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000 bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >