Kes denggi: 175 rumah terima notis dek tidak izin pegawai NEA periksa
Jun 21, 2019 | 05:30 AM
SEKURANG-KURANGNYA 175 kediaman menerima notis guaman kerana tidak membenarkan pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) masuk ke dalam rumah bagi tujuan pemeriksaan berkaitan denggi antara 2017 dengan Mei tahun ini.
NEA mendedahkan perangkaan itu apabila memberi respons kepada surat daripada dua pembaca akhbar The Straits Times minggu lalu.