Kes denggi berkurang 45% dalam tempoh lima bulan
Jun 16, 2015 | 05:30 AM
JUMLAH kes denggi berkurang sebanyak 45 peratus dalam tempoh lima bulan dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.
Menurut NEA dalam kenyataannya, sebanyak 3,309 kes dilapor dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding 6,015 kes dalam tempoh sama tahun lalu.