Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi berkurang minggu lalu tapi masih tinggi: NEA

Apr 12, 2016 | 11:25 AM



JUMLAH kes demam denggi baru turun kepada 292 minggu lalu, kurang 85 daripada minggu sebelumnya, menurut angka daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



"Walaupun jumlah kes denggi yang dilaporkan setiap minggu lebih rendah daripada beberapa minggu lalu, ia masih tinggi bagi tempoh masa ini," kata NEA dalam nasihat di laman webnya.



"Majoriti pembiakan nyamuk masih didapati di rumah, misalnya dalam bekas dan alas pasu bunga dalam rumah."



Setakat ini, lebih 6,600 orang disahkan dijangkiti virus denggi - tiga kali jumlah dalam tempoh ini pada tahun lalu.



Empat orang telah meninggal dunia tahun ini, sama jumlah pada keseluruhan tahun lalu.



Kelompok terbesar kes kini di sekitar Pasir Ris View, Riverina View, Riverina Walk dan Elias Road. Sebanyak 73 kes dilaporkan di kawasan itu, termasuk 24 dalam dua minggu terakhir.



Kawasan sekitar Jedburgh Gardens, Wilton Gardens, Bowmont Gardens dan Siglap Rise juga telah melaporkan 73 kes, termasuk dua dalam tempoh dua minggu lalu.



Para pakar telah memberi amaran mungkin berlaku wabak denggi utama tahun ini disebabkan bilangan luar biasa besar jangkitan pada permulaan tahun - biasanya jangkitan denggi rendah dalam tempoh ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan NEA telah berkata mereka menjangka lebih 30,000 jangkitan tahun ini - jauh lebih tinggi daripada rekod 22,170 kes pada 2013.



Denda $200 diperkenal pada 14 Mac bagi sesiapa didapati mempunyai pembiakan nyamuk di rumahnya. Sebelum ini, hukuman itu dikenakan hanya di rumah dalam kawasan kelompok denggi aktif.



Nyamuk matang lebih cepat dalam cuaca panas, dan cuaca panas sekarang, yang di luar musim, dijangka membawa kepada peningkatan jumlah nyamuk Aedes, yang menyebarkan denggi.



Satu lagi kebimbangan tahun ini ialah perubahan dalam jenis virus denggi pada akhir tahun lalu. Dari segi sejarah, perubahan dalam jenis virus sentiasa menyebabkan peningkatan dalam kes denggi. Ini kerana imuniti lebih rendah manusia pada jenis utama baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >