Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi di S'pura catat paras tertinggi sejak Januari 2016

Jul 16, 2019 | 11:35 AM



JUMLAH kes denggi dalam tempoh seminggu di Singapura mencatat paras tertinggi sejak tiga setengah tahun lalu, dengan 666 kes minggu lalu, menurut Agensi Sekitaran Nasional (NEA).



Menerusi laman webnya semalam (15 Julai), NEA berkata ini bermakna terdapat 73 kes lebih banyak bagi tempoh antara 7 dengan 13 Julai berbanding minggu sebelumnya.



Jumlah itu juga melebihi jumlah kes tertinggi bagi tempoh seminggu sebelum ini, iaitu 637 kes yang dicatat pada Januari 2016.



“Tindakan segera diperlukan untuk menghapuskan potensi tempat pembiakan nyamuk dalam masyarakat,” kata NEA.



Menurut NEA, terdapat 48 kawasan berisiko tinggi dengan 10 kes atau lebih sekarang termasuk Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Chai Chee dan Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >