Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi dijangka bertambah beberapa bulan mendatang: NEA

Jan 25, 2022 | 08:37 PM



KES denggi terus meningkat bagi minggu kelima dengan 183 kes dilaporkan minggu lalu disusuli dengan amaran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (25 Januari) bahawa kes ini boleh meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan mendatang jika jumlah nyamuk pembawa denggi yang tinggi kini kekal tidak diperiksa.



Ini adalah kerana virus denggi serotip 3 (DenV-3) yang tidak biasa dikesan, di mana orang ramai kurang keimunan menentangnya, mula menyebar.



Dalam pada itu, ramai orang masih bekerja dari rumah. lantas terdedah pada gigitan nyamuk Aedes ageypti.



Terdapat 147 kes denggi yang dilaporkan antara 9 Januari dengan 15 Januari serta 105 kes pada minggu sebelum ini.



NEA berkata ia menjangkakan bilangan kes denggi tahun ini akan mengatasi jumlah kes yang dilaporkan tahun lalu iaitu sebanyak 5,258 kes yang dilaporkan tahun lalu.



Kini terdapat 24 kelompok denggi yang aktif, di mana empat daripadanya adalah kelompok yang besar. 



DenV-3 telah mengesan dua daripada kelompok denggi besar ini di Cleantech Loop dan Jalan Bangau.



Jumlah nyamuk Aedes Aegypti juga meningkat sekitar 17 peratus daripada Ogos hingga Disember tahun lalu, kata NEA.



Tambahan DenV-3 pada 2020 ini kemungkinan menyumbang pada penularan paling teruk yang Singapura lihat dengan kes itu bertambah kepada 35,315 kes daripada 15,998 kes pada tahun sebelumnya.



Sepanjang tiga dekad sebelum 2020, semua penularan denggi disebabkan oleh sama ada DenV-1 atau sejak 2016 oleh DenV-2.



"Sebelum 2020, DenV-3 bukan serotip virus paling ketara sewaktu sebarang penularan denggi besar di Singapura selama tiga dekad lalu. Lantaran itu, keimunan penduduk terhadap DenV-3 adalah rendah dengan lebih ramai orang terdedah pada jangkitan dengan serotip ini," kata NEA.



Sedang penularan dua tahun ini mewujudkan keimunan silang perlindungan dalam masyarakat, hayatnya tidak lama dan kemungkinan berkurangan, membawa pada kes denggi mingguan yang meningkat sejak penghujung tahun lalu, kata agensi itu lagi.



Keimunan silang perlindungan pada serotip virus denggi adalah perlindungan menentang satu serotip virus denggi kerana keimunan yang sedia ada dibangunkan daripada pendedahan silam kepada serotip berbeza. Kajian menunjukkan bahawa ia biasanya berlangsung antara beberapa bulan dengan beberapa tahun.



"Tindakan masyarakat bersama dan usaha kawalan nyamuk berterusan diperlukan untuk mengelak tambahan pada angka kes denggi kepada tahap penularan," kata NEA.



Jumlah nyamuk Aedes Aegypti kekal tinggi di kawasan seperti Ang Mo Kio Avenue 3, Hougang Avenue 7, Marsiling Drive/ Marsiling Road, dan Champions Way/Woodlands Avenue 1.



NEA akan mengendalikan sekitar 631,000 pemeriksaan tahun lalu dan menemui lagi sekitar 18,500 habitat pembiak nyamuk.



Ia mengambil 8,700 tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis pembiakan nyamuk. Sebanyak 480 saman dan 43 perintah berhenti kerja juga dikeluarkan ke tapak binaan serta 54 kontraktor juga dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan berulang.



NEA berkata dengan kawasan perumahan dan premis lain dihias dengan pokok hiasan bagi musim Tahun Baru Cina, ia juga telah memeriksa semua semaian tumbuhan.



Ia juga telah mengedarkan pakej perlindungan denggi yang termasuk poster untuk mengingatkan penjual dan pembeli tumbuhan untuk mengekalkan kewaspadaan dan mengelak pembiakan nyamuk.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >