Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi kekal kurang 100 buat minggu ketiga

Nov 15, 2016 | 11:35 AM



JUMLAH kes demam denggi baru kekal di bawah 100 buat minggu ketiga berturut-turut minggu lalu, dengan 86 kes dilaporkan.



Ia bertambah satu kes daripada jumlah minggu sebelumnya, menurut angka terbaru daripada laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kes denggi kekal di bawah 100 sejak minggu bermula 23 Okt.



Hingga Isnin (14 Nov), 12,625 kes telah dilaporkan sejak awal tahun ini, berbanding 11,286 kes pada keseluruhan 2015.



Walaupun NEA memberi amaran pada Februari kes tahun ini boleh mencecah paras tertinggi lebih 30,000, ini kini dipaparkan tidak mungkin kerana angka mingguan telah berkurangan dengan ketara sejak dua bulan lalu.



Sebaliknya, NEA menyeru orang ramai supaya mengekalkan usaha menyekat populasi nyamuk Aedes, yang bertanggungjawab menyebarkan virus denggi dan Zika, serta demam kuning dan chikungunya.



Kelompok denggi di seluruh negara juga telah berkurangan. Pada Isnin, terdapat 10 kelompok, berkurangan daripada 12 pada minggu sebelumnya, dengan satu diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Kelompok di Yishun Avenue 4 dan Yishun Street 61 kekal berisiko paling tinggi dengan 83 kes, termasuk satu sepanjang dua minggu lalu.



Terdapat sembilan kematian denggi tahun ini, berbanding empat pada 2015.



Mangsa terbaru seorang lelaki berusia 81 tahun dari Mandai Estate, yang meninggal dunia pada 7 November. Mandai Estate bukan kelompok denggi aktif.



Pada Oktober, NEA melepas nyamuk Aedes aegypti jantan yang membawa bakteria Wolbachia di Braddell Heights Housing Estate, sebagai sebahagian daripada percubaan kecil mengawal penularan wabak denggi.



Apabila nyamuk itu mengawan dengan nyamuk betina, bakteria tersebut akan menyebabkan nyamuk betina menghasilkan telur yang tidak menetas.



Percubaan itu akan diluaskan ke dua kawasan lain di Nee Soon East dan Tampines West bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >