Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi naik 50% kepada 163 minggu lalu: NEA

Jun 14, 2023 | 02:45 PM



Bilangan kes denggi di Singapura meningkat kepada 163 pada minggu 4 hingga 10 Jun, bertambah sekitar 50 peratus daripada minggu sebelum itu, apabila 111 kes dilaporkan.

Laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu juga menunjukkan terdapat 31 kelompok denggi aktif pada Selasa.

Daripada 31 kelompok itu, tiga ditandakan sebagai amaran merah, atau zon risiko tinggi yang mempunyai 10 atau lebih banyak kes.

Satu kelompok di beberapa blok HDB dan kondominium Oleander Towers di Toa Payoh mempunyai 19 kes dalam tempoh dua minggu lepas.

Satu lagi kelompok di kawasan Pemimpin bertambah kepada 28 kes, dengan enam daripadanya dikesan dalam dua minggu lepas.

Di Lorong Chuan, satu kelompok meningkat kepada 16 kes, dengan lima daripadanya dikesan dalam dua minggu lepas.

Kelompok denggi aktif ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai penularan aktif, menurut laman web NEA.

Denggi disebar oleh nyamuk Aedes aegypti, yang membiak dalam air bertakung.


Bilangan kes denggi yang dilaporkan pada 2023 ialah sebanyak 3,595 hingga Sabtu lalu.

Pada Mac 2023, NEA memberi amaran bahawa wabak denggi besar berkemungkinan berlaku di Singapura dengan kedatangan bulan-bulan panas Jun ke Ogos, di tengah-tengah peningkatan populasi nyamuk Aedes aegypti dalam masyarakat.


Populasi nyamuk ini menyebarkan virus denggi kurang biasa, iaitu serotype 3, atau DenV-3, yang ramai orang dalam masyarakat mudah dijangkitinya kerana kurang terdedah kepada pada virus tersebut.

Sementara itu, bilangan kes Zika di Singapura pada 2023 telah meningkat kepada 20 pada Selasa, menurut laman web NEA.

Pada 30 Mei 2023, bilangan kes Zika adalah 15, dengan 14 kes dikesan dalam Mei.

Satu kelompok Zika di kawasan Kovan telah meningkat kepada 15 kes pada Selasa, daripada 11 kes pada 30 Mei.

Serupa dengan virus denggi, Zika ialah virus yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti, yang juga boleh membawa virus chikungunya.

Mereka yang dijangkit virus Zika boleh mengalami gejala seperti demam, ruam, dan sakit sendi, dalam masa tiga hingga 14 hari setelah digigit. Kebanyakan pesakit virus Zika, bagaimanapun, tidak mengalami gejala.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan NEA mengumumkan terdapat sebuah kelompok Zika di Kovan pada 12 Mei 2023, dan menasihatkan penduduk, terutama ibu hamil, agar memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami gejala Zika.

Zika boleh menyebab bayi dilahirkan dengan kepala kecil dan otak tidak berkembang, iaitu keadaan yang dikenali sebagai Microcephaly.


NEA berkata dalam laman webnya bahawa pembasmian habitat pembiakan nyamuk dan penyemburan racun serangga untuk mengawal populasi nyamuk dewasa kekal penting untuk mencegah penularan denggi dan Zika.

Orang ramai dinasihatkan supaya buang air bertakung dan menjaga kebersihan rumah untuk mencegah nyamuk daripada membiak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >