Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi naik - khidmat bagi firma basmi serangga bertambah

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



TEMPAHAN bagi khidmat membasmi nyamuk yang diterima syarikat penghapus serangga melonjak sejak beberapa bulan lalu semasa bilangan kes denggi meningkat.



Lonjakan tempahan itu antara lain disebabkan oleh permintaan melakukan kerja penyemburan racun serangga yang lebih kerap, khususnya di kelompok merah iaitu kawasan yang telah mencatat angka kes yang tinggi.



Namun, mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) juga menjangka trend ini akan berkurangan sedang bilangan kes denggi di Singapura mulai merosot.



Pengarah Operasi INC Pest Management Pte Ltd, Encik Nicholas Ng, menyatakan bahawa beliau melihat kenaikan sekitar 10 peratus permintaan bagi khidmat membasmi nyamuk sejak empat bulan lalu.



"Kebanyakan pelanggan saya merupakan penghuni kediaman privet.



"Kalau dahulu mereka minta khidmat basmi nyamuk sekitar sebulan sekali, tapi kini mereka lakukannya seminggu sekali," katanya.



Encik Amirul Hairi Mohamed Rawi, 41 tahun, yang tinggal dekat kawasan Bukit Timah, berkata beliau baru sahaja mendapatkan khidmat sebuah syarikat pembasmi serangga sejak jumlah kes bertambah dalam estet perumahannya.



"Dua pekerja syarikat itu akan datang sekali setiap bulan dan membuat kerja membasmi nyamuk selain penyenggaraan lain," kata beliau, yang baru berpindah ke kejiranan privet di Eng Kong Cheng Soon dekat Bukit Timah itu.



Cuaca tidak tentu, sikap sesetengah penghuni punca kes denggi naik



Kenaikan permintaan bagi khidmat sedemikian turut dilihat pengarah Star Bugs Pte Ltd, Encik Andy Ma.



Malah, beliau saksikan kenaikan permintaan membasmi nyamuk sehingga 40 peratus untuk khidmat syarikatnya berbanding empat bulan lalu.



"Kebanyakan mereka merupakan penghuni kediaman atau unit privet, pemilik kilang, gedung, kondominium dan berada dekat dengan kawasan hutan atau longkang besar.



"Rata-rata kebanyakan mereka dalam zon merah," ujarnya.



Pengarah Urusan A-Team Pest Control, Cik Warda Mohd Shariff, berkata selain khidmat seperti menghapuskan tempat pambiakan, terdapat juga khidmat pencegahan yang diminta pelanggan.



"Contohnya ada sejenis kimia khas yang mampu disembur pada dinding atau permukaan lain yang mampu membasmi nyamuk.



"Apabila nyamuk 'mendarat' pada permukaan yang diselaputi kimia tersebut, ia akan mati sebelum sempat menggigit manusia," katanya.



Difahamkan kos yang dikenakan syarikatnya bergantung kepada unit yang memerlukan khidmatnya - antara $300 dengan $1,000.



Berdasarkan pemantauan mereka semasa menjalankan tugas membasmi nyamuk, Encik Ma berkata pihaknya mendapati tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan isu itu.



Ini termasuk kurangnya pekerja yang bekerja dengan syarikat pembasmi serangga, cuaca yang tidak menentu serta kurangnya kepekaan sesetengah penduduk setempat terhadap isu tersebut.



"Memang syarikat saya juga hadapi masalah kekurangan tenaga kerja.



"Tetapi kami tidak jadikannya satu alasan, sebaliknya kami sama-sama galakkan penghuni kediaman untuk sama-sama mainkan peranan - lebih peka dengan sekeliling rumah mereka," katanya yang akur bahawa cuaca tidak menentu turut menyumbang kepada peningkatan kes.



Bagi Encik Ng, yang mempunyai sekitar 15 pekerja, beliau anggarkan menyediakan khidmat kepada sekitar 20 rumah setiap hari pada masa ini.



"Tapi mungkin permintaan akan berkurangan sedikit sedang bilangan kes mula menunjukkan penurunan," tambahnya.



Encik Ma pula yang mengenakan bayaran antara $80 dengan $500 bagi setiap 'rawatan' membasmi nyamuk menganggarkan tempoh yang diambil adalah sekitar setengah jam dengan dua jam - bergantung kepada keluasan kawasan tersebut.



Sejak awal tahun ini, sekitar 24,000 kes denggi telah direkodkan sehingga 13 Ogos dan terdapat sembilan kematian akibat jangkitan denggi setempat sehingga Jun lalu.



Wabak paling buruk berlaku pada 2020 apabila terdapat 35,315 kes dan 28 kematian.



Sementara itu, akhbar The Straits Times (ST) telah meninjau beberapa pihak pengurusan kediaman privet untuk mengetahui tentang langkah yang mereka ambil bagi menangani isu denggi.



Di kondominium Pine Grove, di mana jumlah kes dilaporkan tinggi, pihak pengurusannya telah mendapatkan khidmat kontraktor penghapus serangga untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk.



Tangki air di kondominium itu juga diperiksa dan dipastikan ia bukan tapak pembiakan.



Pihak kontraktor juga melakukan pembersihan pada longkang bagi memastikan tiada masalah tersumbat akibat sampah yang terkumpul bertahun lamanya.



Seorang jurucakap Majlis Bandaran Tanjong Pagar pula memberitahu ST bahawa pihaknya telah melakukan pemeriksaan meluas di semua kawasan terbuka perubahan awam sejak kelompok dikesan di kawasan seperti Mei Ling Street dan Stirling Road.



Beliau menambah penyemburan ubat dilakukan setiap dua minggu bagi mengawal jumlah nyamuk dan majlis bandaran itu juga telah bekerja rapat dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta pertubuhan akar umbi dalam mendekati masyarakat.




Ketahui gejala denggi



NEGARA ini telah menyaksikan peningkatan kes denggi sejak kebelakangan ini.



Sedang musim kemuncak denggi berlaku antara Jun dengan Oktober, konsultan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), Dr Chia Po Ying, berkongsi kepada akhbar The Straits Times tentang apa yang perlu anda ketahui tentang denggi.



Berikut antara sedutannya.



Apakah antara tanda amaran jangkitan denggi saya mungkin menjadi teruk? Bolehkah anda mengalami dehidrasi akibat denggi?



Tanda-tanda amaran denggi yang teruk termasuk pendarahan pada gusi atau hidung, darah dalam kencing atau najis, pendarahan banyak semasa kedatangan haid, sakit perut yang teruk, muntah berterusan, rasa penat atau kesedaran berubah, dan tidak boleh bernafas.



Pesakit denggi boleh alami dehidrasi akibat selera makan yang terjejas atau muntah-muntah, atau cirit-birit dalam beberapa kes.



Adakah sesetengah orang lebih terdedah kepada jangkitan denggi?



Ya, mereka termasuk yang dijangkiti buat kali kedua, atau mengalami masalah seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.



Bagaimana boleh saya tahu jika saya hidap denggi atau Covid-19 berdasarkan gejala yang saya alami?



Gejala denggi termasuk demam, sakit kepala, sengal otot dan sendi, ruam, muntah, mudah lebam, mual, dan sedikit pendarahan daripada hidung atau gusi.



Sedang gejala Covid-19 pula termasuk demam dan mungkin kesannya berbeza, lebihnya simptom pernafasan seperti sesak nafas, batuk, selesema, sakit tekak dan hilang deria hidu atau rasa.



Denggi disahkan menerusi ujian darah, sementara jangkitan Covid-19 disahkan menerusi ujian pantas antigen (ART) atau ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).



Adakah warga senja mempunyai gejala berbeza apabila dijangkiti?



Warga senja mungkin kurang sengal dan sakit, dan mungkin menunjukkan rasa penat.



Kadangkala disusuli kurang selera makan. Ini menjadikan pengesanan denggi di peringkat awal serta pengurusan yang baik lebih mencabar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >