Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi terus bertambah, NEA gesa orang ramai bertindak segera

Jan 20, 2016 | 01:30 PM



KES demam denggi terus meningkat dengan mendadak awal tahun ini, dengan 628 kes dilaporkan sepanjang minggu 10 hingga 16 Januari.


Ia bertambah lebih 80 kes berbanding minggu sebelumnya, menurut perangkaan terkini di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


Sebanyak 193 kes lagi dilaporkan dari 17 Januari hingga 3.30 petang 19 Januari.


Hingga Selasa (19 Jan), terdapat 132 kelompok denggi. Tiga puluh satu kelompok ditetapkan sebagai zon merah, iaitu kawasan berisiko tinggi dengan 10 atau lebih banyak kes.


Yang lain zon kuning.


Menegaskan kemungkinan kes denggi terus naik dek perubahan virus yang merebak dan peningkatan bilangan nyamuk disebabkan cuaca lebih panas, NEA menggesa orang ramai mengambil tindakan segera.


Fenomena El Nino juga menyumbang kepada keadaan lebih panas daripada biasa, yang mempercepat kitaran pembiakan dan kematangan nyamuk aedes, kata NEA.


Menurut NEA, kunci mencegah pembiakan nyamuk ialah menghapuskan habitat pembiakan di sumbernya.


Mereka yang mempunyai pasu perlu memeriksa premis mereka setiap hari dan yang mempunyai pokok dalam pasu harus menukar air dan menggosok bahagian dalam pasu setiap dua hari.


Orang yang dijangkiti denggi perlu menggunakan penghalau nyamuk bagi mengawal penyebaran virus itu.


Maklumat terkini mengenai keadaan denggi boleh didapati di Stop Denggi Now Facebook, di www.dengue.gov.sg atau aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >