Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes disyaki, sah dijangkiti varian Omicron akan dimasuk ke NCID

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



KES yang disyaki atau disahkan dijangkiti varian Omicron Covid-19 akan dimasukkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk pengasingan dan pengurusan.



Penjejakan kontak penuh akan dijalankan, dan kontak rapat kes-kes itu akan dikenakan kuarantin 10 hari di kemudahan khusus.



Mereka perlu menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) di permulaan dan penghujung kuarantin mereka.



Demikian protokol pengurusan yang dipertingkat bagi kes Omicron yang disyaki atau disahkan yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19, dalam satu sidang media semalam berkata protokol penjagaan kesihatan untuk kes varian Omicron akan dijalankan seiringan dengan protokol penjagaan kesihatan untuk kes varian Delta, bagi menghalang Omicron daripada bertapak dalam masyarakat sedang lebih banyak maklumat dikumpul tentang varian baru itu.



"Kita tidak boleh membenarkan Omicron bertapak dalam masyarakat kita apabila kita tahu cukup banyak tentangnya. Dan apabila kita belajar lebih banyak tentangnya, saya yakin kita akan belajar hidup dengan Omicron sama seperti bagaimana kita telah belajar hidup dengan Delta," kata Encik Ong.



Sebelum ini, kebanyakan individu yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan menjalani program pemulihan di rumah (HRP) selama 10 atau 14 hari. Mereka tidak perlu melakukan ujian sebelum keluar daripada program itu.



Kontak rapat pula dibenarkan mengasingkan diri di rumah dan melakukan ujian pantas antigen (ART) sendiri.



Encik Ong berkata ujian PCR oleh Thermo Fisher dapat menentukan jika seseorang itu mungkin dijangkiti varian Omicron.



Ujian PCR ini akan digunakan untuk menguji pengunjung yang memasuki Singapura serta pekerja barisan hadapan di sempadan negara.



"Jika seorang individu disyaki dijangkiti Omicron, dia akan dimasukkan ke NCID dan, jika disahkan, akan diuruskan di sana hingga kami yakin individu ini tidak lagi berjangkit, menerusi ujian berulang. Tidak ada pilihan HRP bagi kumpulan ini," kata Encik Ong, sambil menambah kemudahan pengasingan khusus untuk kes Omicron sedang disediakan sebagai pilihan lanjut.



Sampel swab daripada individu itu akan diperiksa bagi memastikan ia adalah jangkitan varian Omicron.



Sementara itu, MOH dalam kenyataannya menasihatkan penduduk Singapura agar menundakan semua perjalanan ke negara atau rantau berisiko lebih tinggi termasuk Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe buat masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >