Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Go-Jek: LTA temu kededua pihak

Feb 07, 2019 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia kini sedang menyiasat kes yang melibatkan pemandu Go-Jek dan penumpangnya dan perlu bertemu kededua pihak untuk memahami kejadian tersebut.



Dalam responsnya terhadap pertanyaan akhbar The Straits Times baru-baru ini, LTA berkata:



"Untuk memahami kejadian ini dengan lebih komprehensif, LTA perlu bertemu dengan kededua pihak, pemandu dan juga penumpang untuk mendengar apa yang ingin dikatakan mengenai kejadian itu."



Sementara itu, jurucakap GoJek berkata syarikat tersebut sedar akan siasatan yang sedang dijalankan LTA, dan pihak GoJek sedang bekerjasama dalam siasatan tersebut "secara berterusan".



"Tidak sesuai jika kami berikan komen lanjut pada peringkat ini," ujar jurucakap itu.



Baru-baru ini, pemandu Gojek dalam video yang tular di media sosial telah menerima surat daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang meminta beliau hadir ke pejabat mereka untuk satu wawancara hari ini bagi membantu dalam siasatan.



Surat bertarikh 4 Februari itu, yang ditujukan kepada Encik Kamaruzzaman Abdul Latiff dan gambarnya dimuat naik di Facebook, menyatakan aduan telah dibuat terhadap beliau berkaitan satu kejadian pada 29 Januari lalu.



Surat itu antara lain menyatakan siasatan sedang dijalankan dan Encik Kamaruzzaman perlu hadir bagi satu wawancara di pejabat LTA di Sin Ming Drive sebagai sebahagian siasatan itu.



Ia juga berkata beliau perlu membawa alat rakaman, rakaman video dan bukti lain bagi wawancara itu, sambil menambah kehadirannya bagi wawancara itu adalah wajib.



Dalam laporan Berita Harian minggu lalu, Encik Kamaruzzaman, 49 tahun, berkata beliau merakamkan kejadian yang berlaku itu setelah penumpang wanita dalam keretanya menuduh beliau menculiknya dan menjadikannya tebusan.



Ini setelah wanita itu berasa tidak puas hati perlu membayar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) apabila Encik Kamaruzzaman melalui jalan Ekspreswe Central (CTE) untuk ke destinasinya di Coleman Street dari Bishan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >