PENDAKWAH setempat Fahrorazi Sohoi telah dilepaskan daripada tuduhan melibat kes penipuan 'Haji VIP' namun tidak membawa kepada pembebasan sepenuhnya.
Ketika dihubungi semalam, peguam Encik Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos daripada firma Niroze Idroos Law, berkata satu persidangan praperbicaraan telah diadakan pada 10 Oktober lalu berhubung kes itu.