Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes HIV baru tahun ini dijangka berkurangan di bawah angka 300

Dec 01, 2020 | 10:23 PM



BILANGAN warga Singapura dan penduduk tetap yang disahkan menghidap penyakit HIV tahun ini diramal berkurangan - kurang 300 pesakit buat pertama kali dalam 17 tahun.



Sejak Januari hingga Oktober tahun ini, terdapat 220 kes HIV baru telah disahkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH), pada Selasa (1 Dis) yang juga merupakan Hari Aids Sedunia.



Kali terakhir bilangan kes kekal di bawah 300 pesakit ialah pada 2003 yang menyaksikan 242 kes.



Jangkitan HIV setempat telah kekal meningkat sejak kes pertama dilaporkan di sini pada pertengahan 1980-an, malah antara 2004 dengan 2017, bilangan kes penyakit tersebut mencecah antara 300 dengan 500 orang setiap tahun, lapor The Straits Times (ST).

 

Namun sejak 2012 - yang menyaksikan 469 kes - trend jumlah pesakit jangkitan HIV baru telah merosot secara berterusan.



Antara 125 kes yang dilaporkan pada setengah tahun ini, 90 peratus merupakan pesakit lelaki manakala empat dalam 10 pesakit berusia antara 40 dengan 59 tahun. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >