Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes import Covid-19 dari Nepal tiada kaitan dengan kelompok Lapangan Terbang Changi: MOH

May 28, 2021 | 07:39 PM



SEORANG pesakit Covid-19 yang mendakwa beliau dijangkiti koronavirus di Lapangan Terbang Changi setelah tiba dari Nepal pada 25 April tidak mungkin mendapat virus itu di Singapura.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Jumaat (28 Mei) siasatan epidemiologi telah mengesahkan tiada kaitan filogenetik antara kesnya dengan mereka di Kelompok Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. 



MOH memberi jawapan ini pada pertanyaan akhbar The Straits Times mengenai dakwaan yang dibuat Cik Sonal Wadde, warga India berusia 32 tahun dan pemegang pas tanggungan yang menyatakan beliau rasa lebih selamat di India.



Satu tangkap layar pos yang tersebar di dalam talian menunjukkan Cik Wadde telah menjawab soalan di Facebook dengan menyatakan beliau "kemungkinan besar" dijangkiti di Lapangan Terbang Changi.



Ini adalah kerana dua ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) yang dijalani sebelum menaiki penerbangan ke Singapura dan setibanya di sini negatif. Komennya itu dipetik beberapa laman berita dalam talian.



Tidak dapat dipastikan bila beliau memuatnaikkan pos itu atau soalan apa yang dijawabnya.



MOH mengulas: "Ujian prakeberangkatan atau ujian ketibaan yang negatif tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas daripada Covid-19 kerana beliau mungkin menginkubasi virus daripada pendedahan sebelum ini, sebelum mengambil ujian berkenaan." 



Kelompok Lapangan Terbang Changi buat masa ini adalah kelompok aktif terbesar dengan 108 kes berkaitan dengannya sehingga Khamis (27 Mei). Ujian filogenik membantu menentukan jika jangkitan itu berkaitan.



Cik Wadde adalah kes import yang disahkan memiliki jangkitan Covid-19 pada 2 Mei, jelas MOH. Beliau dikesan positif ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus.



Selepas Cik Wadde dikenal pasti sebagai pekerja DBS Bank dalam rencana dalam talian pada Selasa (25 Mei), bank itu menjelaskan dalam pos Facebook, beliau sebelum ini diambil sebagai kakitangan kontrak menerusi penyedia khidmat pihak ketiga antara Jun dengan Julai 2019.



Buat masa ini, beliau bukan pekerja DBS, jelas pos itu lagi.



"Kami memastikan pekerja kami memiliki tata laku yang tinggi mutunya, secara peribadi dan dalam talian. DBS komited dalam menyokong usaha nasional mengekang penularan Covid-19," kata DBS.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >