Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes individu mengaku Nabi: Muis rayu mereka yang punya bukti tampil bantu siasatan selewatnya 11 Dis

Nov 27, 2020 | 04:07 PM




MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat (27 Nov) telah menggesa anggota masyarakat yang mempunyai maklumat atau bukti untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan mereka terhadap seorang individu yang didakwa mengaku dirinya Nabi.





Mereka yang mempunyai bukti boleh dipercayai, misalnya e-mel, dokumen, nota ceramah, rakaman audio atau video, dan bersedia memberi keterangan berkenaan hal-hal tersebut dijemput menyerahkan bukti yang dimiliki kepada Muis selewatnya 11 Disember 2020.





Ini boleh dilakukan menerusi kiriman e-mel ke info@muis.gov.sg atau secara peribadi di Hab Islam Singapura di 273 Braddell Road.





Siasatan tersebut dilakukan berikutan laporan akhbar The Straits Times mengenai seorang bekas tukang urut berusia 50-an tahun yang memiliki lima 'isteri batin' yang dikatakan memimpin kumpulan ajaran sesat dan mendakwa dirinya Nabi.





Muis sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menyatakan ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan bagi menyiasat lebih lanjut kegiatan melibatkan lelaki itu.





Menurut Muis, beberapa anggota masyarakat telah tampil ke hadapan sejak kenyataan tersebut dikeluarkan pada 10 November lalu.





Dalam pada itu, Muis mengingatkan agar masyarakat melindungi diri sendiri dan keluarga dengan mendapatkan bimbingan agama hanya daripada mereka yang berkelayakan dan berdaftar.





Ia turut menggesa agar orang ramai mempunyai tanggungjawab sosial dan tidak menggunakan wadah media sosial untuk menuduh individu atau berkongsi maklumat peribadi mereka yang dituduh terlibat dalam kumpulan ajaran sesat itu, termasuk menyebarkan gambar.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >