Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes jangkitan masyarakat disiasat sama ada langgar peraturan

• Lelaki makan bersama 12 ahli keluarga di Seoul Garden positif Covid-19 • Restoran tidak ada rekod tempahan 12 orang
Nov 28, 2020 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa sedang menyiasat jika langkah pengurusan selamat dilanggar berhubung kes Covid-19 dalam masyarakat yang pertama sejak lebih dua minggu lalu.



Kes itu melibatkan seorang lelaki warga Singapura yang telah makan malam bersama 12 anggota keluarganya di restoran Seoul Garden di Tampines Mall pada Sabtu lalu.



Kumpulan itu duduk di tiga meja berasingan, tetapi Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kumpulan itu telah bercampur gaul



Lelaki itu, yang bertugas sebagai jurutera perkhidmatan di Master Systems Marine, mengalami demam dan sakit tekak pada Isnin lalu dan telah pergi ke klinik di mana beliau diuji positif bagi Covid-19.



Anak saudaranya berusia dua tahun yang diberikan cuti sakit lima hari antara 20-24 November kerana selesema juga turut makan malam di restoran tersebut.



Namun kanak-kanak perempuan itu telah diuji negatif bagi Covid-19. Menurut MOH, anggota keluarga lelaki itu serta kesemua individu yang dekat secara fizikal dengan lelaki itu dan dikenal pasti telah diasingkan dan sedang menjalani kuarantin. Mereka telah diuji bagi Covid-19 dan akan diuji sekali lagi di akhir tempoh kuarantin.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) pengurus besar Seoul Garden Group Garry Lam berkata ia dihubungi MOH yang meminta maklumat untuk tujuan jejak kontak pada 25 November dan mendapat tahu dari laporan media pada hari selanjutnya mengenai kes Covid-19 di restorana itu.



Encik Lam berkata restoran itu tidak mempunyai rekod tempahan makan bagi kumpulan 12 orang dan kakitangannya dilatih untuk mengingatkan pelanggan supaya tidak bercampur-gaul dengan pelanggan lain. Ia juga tidak membenarkan kumpulan lebih lima orang untuk makan di sana.



Semalam, restoran di Tampines Mall telah ditutup untuk menjalani pembersihan dan pembasmian kuman.



Ia dijadual dibuka semula hari ini, kata Encik Lam.



Dalam pada itu, beberapa doktor yang dihubungi BH berkata kes Covid-19 dalam masyarakat yang pertama dalam 16 hari itu bukan sesuatu yang mengejutkan.



Doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata perkara itu boleh dijangka kerana Singapura sedang membuka semula sempadan dan ekonomi dan ada pihak yang bersikap bersahaja terhadap langkah jarak selamat.



Bersependapat, doktor keluarga di Poliklinik Jurong, Dr Djoni Huang berkata:



"Mungkin ada yang keletihan dari segi mental... namun jika kita tidak lebih berhati-hati, kita perlu menanti lebih lama bagi fasa ketiga yang dinanti-nantikan," kata beliau merujuk kepada pengumuman pemerintah bahawa fasa ketiga pelonggaran sekatan Covid-19 boleh diadakan hujung tahun ini, jika syarat tertentu dipenuhi.



Lagi empat kes Covid-19 baru dilaporkan MOH semalam, kesemuanya diimport.



Ini menjadikan jumlah kes di Singapura 58,199.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >