Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Kes jangkitan meningkat: Beberapa GP mula sertai khidmat teleperubatan untuk beri bantuan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes jangkitan meningkat: Beberapa GP mula sertai khidmat teleperubatan untuk beri bantuan

Sep 30, 2021 | 07:29 PM

BEBERAPA doktor perubatan umum (GP) di sini telah mula menawarkan jagaan teleperubatan untuk pesakit mereka yang ditempatkan di bawah pemulihan di rumah.

Ini untuk mengurangkan beban yang dihadapi pembekal teleperubatan yang semakin teruk di tengah-tengah kes Covid-19 yang meningkat.

Pelibatan mereka meningkatkan lagi jumlah doktor yang membantu pesakit dengan mengurangkan kebimbangan mereka, selain menawarkan nasihat perubatan lebih tertumpu berdasarkan pemahaman mereka terhadap sejarah perubatan pesakit.

Dr Leong Choon Kit, doktor keluarga di Mission Medical Clinic, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa lebih 300 klinik GP telah melahirkan minat untuk menawarkan teleperubatan bagi program pemulihan rumah.

Di bawah rangkaian jagaan asasnya, 27 GP telah mendaftar minggu lalu untuk menawarkan jagaan teleperubatan sepanjang masa bagi pesakit mereka di bawah pemulihan rumah.

Rangkaian jagaan asas ialah kumpulan dalam talian yang membolehkan doktor menggabungkan sumber dan memantau pesakit dengan lebih dekat.

Di samping itu, GP ini boleh menawarkan nasihat perubatan kepada pesakit dalam kuarantin sekiranya mereka menunjukkan gejala dijangkiti Covid-19.

Kesemua doktor yang mendaftar di bawah program pemulihan rumah ini akan melalui kursus latihan teleperubatan wajib, tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3